Saturday 31 March 2012

Hello Kitty

Aku pernah ada impian idamkan rumah aku yang penuh dengan barang-barang Hello Kitty. Dapur & toilet pun nak ada yang berbentuk Hello Kitty. Baru-baru ni ada rezeki, aku beli mouse Hello Kitty. Barang-barang dia mahal dan susah nak cari yang bukan original. Aku pergi Low Yatt beli, tu pun tinggal satu dan original. Tengok online harga RM 68 tapi maybe sebab dah buruk sikit, diorang jual RM 25.



Ergonomic design, sesuai untuk keselesaan tangan orang yang selalu depan PC. Aku tak start pun guna lagi pasal rupa-rupanya kat dalam tak ada bateri. Nak beli asyik lupa je :-)

Alhamdulillah.

Friday 30 March 2012

Pulang

Letih masih belum habis lagi. Semalam baran kat student, kelas bising walaupun tangan diorang still tengah buat latihan. Hari ini dalam sejarahlah kiranya sebab first time mengamuk kat kelas. Tengok balik gambar-gambar ni, buat aku tersenyum :-)





Aku akan datang lagi. Sekarang pun dah rindu. Even aku letih and masih sakit-sakit lepas pergi sana, tapi hati aku sangat happy :-) Thanks and Alhamdulillah.

Tuesday 20 March 2012

Packing

1. Kelas tuisyen ganti - Settle
2. Barang nak bawak - Pending
3. Benda nak basuh - Settle
4. Kesihatan - Ok, Alhamdulillah
5. Sampah nak buang - Pending
6. Financial - Pending
7. Confirmation - Pending


Aku akan menghadapi hari-hari yang meletihkan tapi best. Semoga aku sihat sebelum, semasa dan selepas. Amin.

Alhamdulillah.

Monday 19 March 2012

Trust Me

Aku sakit.
Paling sakit bila orang tak percaya aku sakit.


Cerita atau tak tetap sama. Orang tak akan percaya. Cukuplah aku simpan sendiri dan aku percaya diri sendiri. Cukuplah aku jaga diri sendiri dan hati sendiri. Supaya aku tetap hidup.

Wednesday 14 March 2012

Bijak Malaysia - CIMB

Cuti sekolah ni ada budak-budak yang boleh datang kelas. Ada yang pergi bercuti, jadi kelas kejap ada kejap tak ada. Aku habiskan waktu cuti aku baca buku Wimpy Kid version kuning. Hum..hum..tetap funny. Ada 1 part, abang dia kata kalau makan tembikai banyak-banyak, pastu tertelan biji..nanti biji tu akan grow jadi tembikai dalam perut. Si Greg ni takut punya pasal perut memboyot masa pergi sekolah, dia pergi ikut cakap si Rodrick tu. Budak-budak memang cepat percaya and panic. Kesian kena buli dengan abang dia.


Masa pergi CIMB nak cashkan cek husband aku, ada 1 of diorang punya staff approach kitaorang untuk 1 program financial yang baru (tak baru jugak la - 2007). Nama dia Bijak Malaysia. Macam fixed deposit tapi boleh simpan minimum RM 100. Boleh keluarkan bila cukup 3 tahun. Aku & husband memang tengah cari jalan untuk ada fixed saving dan ini sebenarnya lagi bagus daripada simpanan tetap. Simpan RM 100 setiap bulan, dah matured boleh dapat dividen 5% daripada simpanan (sum 3 tahun). Ada protection juga - dapat duit bila dah meninggal dunia akibat daripada natural / accident causes dan berlaku kecacatan kekal. Register dapat cawan comel ada 6 biji gula-gula kat dalam :-)

So harap kitaorang boleh mendisiplinkan diri, simpan RM 100 dalam akaun ni :-). Alhamdulillah.

Saturday 10 March 2012

Comelnya. Nama?


Comel sangat doll ni. Aku menang contest Tourism Malaysia, dapat doll ni. Tapi macam kira lucky draw ke ntah macammana aku pun dah lupa. Diorang hantar cepat betul, tiba-tiba dah sampai pos laju. 

Aku suka benda cute and ada banyak benda cute yang aku collect. Yang pastinya banyak yang warna merah. Semua benda cute yang aku ada, aku akan bagi nama. Tapi yang doll ni aku tak ada idea pasal doll ni bertemakan Cina. Aku selalu bagi nama benda-benda cute dengan nama Jepun atau Korea. Hum hum.

Nak bagi nama apa ya?




Thursday 8 March 2012

BR1M - Program Penyerahan Dana

Alhamdulillah, dah dapat duit BR1M . Pergi cari sekolah ni sampai sesat-sesat. Tanya budak-budak India balik sekolah mana sebenarnya sekolah ni. Rupa-rupanya bersebelahan dengan 1 sekolah lagi. Tapi duit ni tak sempat pegang lagi. Nak kena bayar macam-macam. 


Hujan lebat, kain baju tak kering-kering. Habis aku tak ada baju nak pakai. Hum hum. Aku sakit cirit birit 5 hari. Tak pernah kena seteruk ini. Husband pun kena. Suspek air kotor. So, kena minum air beli. Adoyai.

Wednesday 7 March 2012