Friday 30 August 2013

Bau

Aku masih ingat bau kantin sekolah aku masa darjah 1. Mengingatkan aku yang waktu tu aku makan tepi longkang dengan satu-satunya kawan aku. Putih, baik dan ada driver amik dia bila time balik sekolah.

Aku ingat ada bau pagi bila aku masuk pagar sekolah menengah time tingkatan 1. Bau tu akan ada tiba-tiba lalu depan hidung aku mungkin 5 tahun sekali, bukan kat sekolah pun. Bau tu ingatkan aku yang aku seronok pergi sekolah menengah berbanding sekolah rendah. Bau tu ingatkan aku yang betapa aku belajar sungguh-sungguh untuk dapat 8A PMR, tapi result aku yang paling teruk dalam gang aku.

Aku ingat bau tu. Bau rumput bercampur baur dengan pau sambal kantin tak ketinggalan bau sambal nasi lemak seringgit. Bau tu mengingatkan aku yang aku tak suka pindah sekolah.

Tiap kali aku minum Kopi Tongkat Ali, bau kopi ni ingatkan aku masa aku part timer buat minuman untuk student Master yang dah beruban time study kat universiti dulu. Satu hari, RM 20 tauke bagi.

Sekarang, kalau boleh aku nak hayati bau-bau kat sekeliling aku. Supaya aku sentiasa ingat. Bukan je lagu yang boleh bawak aku pada masa silam, bau pun boleh :-)


Thursday 29 August 2013

Rindu

Oh! Rindu sungguh nak mengajar semula. Nak nye salah sorang student aku dulu selalu call n sometimes sms aku. Aku selalu tak angkat pasal busy, kesian dia. Lalu aku pun sms panjang lebar. Dia ada ajak raya rumah dia.


Tapi dia jawab pendek je.
Dia memang struggle nak buat karangan Bahasa Melayu dulu. Hum hum.



Saturday 17 August 2013

Tak Cukup

Memang susah nak jadi yang terbaik. Even terbaik tu pun subjektif macam cantik atau hodoh juga.

Kadang struggle, kadang tak tau nak penuhi yang mana satu. Kadang tak jadi diri sendiri semata nak bagi orang puas hati.

Tiba masa dah give up, terfikir balik. Buat apa-apa pun tetap tak cukup. Buat baik, ye baik. Tapi tak CUKUP baik. Buat mesra, ye mesra tapi tak CUKUP mesra. Buat ikhlas, ye ikhlas. Tapi tak CUKUP ikhlasnya.

Cukup atau tak, sekarang yang tentukan bukan aku. Standardnya pasti dibeza-beza. Letih sebab maukan sayang itu. Tapi aku yang tak CUKUP pandai. 

Takpela orang tak sayang, asal Allah tahu usaha kita. Takpela. Mungkin mereka tak CUKUP sayang. Takpela, ada Allah itu segala-galanya.

Asal Allah ada untuk aku.