Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Sunday, 10 November 2013

Bertepuk Sebelah Tangan

Lately banyak sangat tengok cerita Korea. Aku suka kaji karakter pelakon. Pastu aku suka letakkan aku kat karakter yang mana. Kadang-kadang aku aware, ada certain cerita Korea ni over. Kalau yang kaya tu tak ingat betul kayanya. Toilet pun tak mau kalah. Kalau yang tak berduit plak, pun over jugak. Sampai 3-4 jenis kerja part-time. Tak menahan.

Tapi tak tau, tak menahan pun itu jugaklah yang aku suka. Sampai tak cukup tidur nak tengok ending, mata panda tak ingat. Tak cukup tidur sakit balik.


Kesian aku pada watak-watak looser. Suka kat mamat ni tapi buat macam mana pun mamat hero ni suka heroin. Dah nak buat macam mana, produser suruh.

Bangun pagi nak impress hero ni. Tapi nak buat macam mana, heroin duk senyap-senyap,cute-cute sikit dah tak payah impress. Itulah yang hero suka mengekor. Kesian cinta tak berbalas, apatah lagi bukan tak dicintai malah tak disukai. Kalau kat mata aku sebagai penonton ni ada je yang tak kene pada karakter ni, cerita nak highlight betul sampai biar semua penonton ni tau yang bukan watak heroin ni jahat sebab tu hero ni tak suka. Semua watak dalam cerita itu dan ini, tak suka kat si looser ni. Kesian betul. Macam pernah bunuh orang je. Macam pernah gostan kereta lenyek kucing kat belakang. Macam pernah tinggalkan adik lelaki umur 6 tahun kunci dalam toilet pastu bakar 1 rumah. Macam pernah bagi makan racun kat orang je sambil nyanyi K-Pop.

Macam jahat gila.

Ni orang kata bukan aku. Kalaulah tak suka buat lah apa pun, baiklah macam mana pun. Orang tetap tak suka. Kalau suka pun bukan priority. Kalau dalam priority pun bukan yang mustahak. Kalau yang mustahak pun bukan yang selalu diingat.

Amik hati? Jadi cantik, tak ada kedut. Bagi hadiah birthday. Tunggu hero sampai 3-4 pagi bawah salji sampai demam panas tak datang-datang. Buatlah segalanya pun, kadang-kadang kalau usaha sangat nampak macam terdesak. Still nampak macam looser.

Tau tak apa rasanya jadi orang yang cinta dan sayangnya tak berbalas? Rasa macam 'eh tak apa boleh lagi ni' ataupun 'sikit lagi ni', 'takpe sabar', '......silver lining (hum..hum tak ingat). Kita buat banyak benda tapi hasilnya tak banyak. Mungkin tak menjadi, sampai kecewa tak ingat. Terfikir-fikir kat mana yang silap.

Aku harap aku akan jumpa satu watak looser ni ; yang apa sahaja dia buat, dia buat bukan untuk orang suka kat dia tapi untuk diri dia sendiri.

Tuesday, 14 February 2012

Dairy of Wimpy Kid & Pajak Gadai

Aku suka curi-curi baca buku Wimpy Kid kat mana-mana bookstore especially MPH. Buku dia ada colour hijau, merah, kuning..rasa ada 5 dah sekarang. Aku baca sikit-sikit tak pernah habis. Lepas tu aku dapat tau anak member aku beli, terus pinjam :-) Seronok betul. Cerita dia sangat funny, rasa macam dulu time sekolah aku ada terfikir and buat benda-benda yang budak-budak ni buat. Ada lalui benda dan perasaan yang sama.

First Edition
Sebelum aku baca buku ni, aku ada tengok movie Wimpy Kid. Kelakar juga macam buku dia tapi dia kemaskan sikit jalan cerita. Ada part yang dia ubah sikit untuk sesuaikan jadi movie.

Diary of Wipy Kid the Movie
Aku risau. Pajak cincin emas aku dah due patutnya. Aku telefon tauke pajak tu, dia kata boleh tangguh tapi aku macam tak yakin je dengan tauke tu. Hum hum. Aku nak extend sebab tak cukup duit nak bayar tapi bila dah due ni tak tau pula macammana dia kira. Doakan yang terbaik :-)



Alhamdulillah.

Wednesday, 18 January 2012

Beautiful Life

Last week, 2 kali aku jatuh pengsan, pitam. Bila sakit selalunya aku down. Nak melayan down aku, aku akan tengok cerita orang sakit.

Beautiful Life
Ini cerita Jepun. Perempuan ni sakit sejak umur 15 tahun. Tak ada kaki untuk berjalan dan berlari. Aku bersyukur, even aku sakit tapi aku cukup sifat. Alhamdulillah. Perempuan ni bekerja dan pakai kerusi roda. Boleh memandu dan sangat independent. Sangat sensitif dan selalu fikir yang orang akan susah nak jaga dia sebab dia cacat. Hanya boleh pergi kedai makan tertentu sebab ada kedai yang tak ada lorong masuk orang cacat. Selalu kena dukung.

Lelaki (Takuya Kimura), dia nak jaga perempuan ni walaupun dia tahu 1 hari perempuan ni akan mati. Aku tengok cerita ni lebih 10 kali tapi tetap nangis juga. Hum hum.

Harapan : Moga esok internet tak kena potong :-)

Alhamdulillah.