Wednesday 27 February 2013

Bertukar!!

Baru nak tidur. Harap esok, bangun dapat terus tukar size ni. At least size XL :-)



Friday 22 February 2013

Tora Datang Lagi!!

Honestly, ini FIRST TIME dalam hidup dapat beli benda ni.Masa kecik selalu dengar iklan. Pastu bila dah besar susah sikit nak cari. Ni baru dapat daripada kedai runcit biasa. Ada JOJO juga tapi mahal sikit, RM 2.50. Yang TORA ni murah sikit, RM 1.20.

Dalam dia ada 3 biji gula-gula, mainan dan instruction mainan. Wah bestnya dapat wisel bentuk bola. Tu husband yang cantum-cantum. Agak mencabar sebab takde skru ke apa ke.

Aku ingatkan coklat dalam dia.Tapi gula-gula. Suami aku cakap buat apa nak coklat, dia makan dulu coklat dah masuk angin. Hum hum.

Lepas ni nak beli Ding Dang, JOJO, Nini Coklat Celup dengan yang ada gambar harimau. Celup-celup juga. Yahhhhhoooooo!!!


Wednesday 13 February 2013

Ungkit

Pengsan. Tidur sampai ke petang. Makan. Tidur balik. Minum. Bangun. Sakit sambil rehat. Suami aku tak kasi buat kerja. Aku tengok kain baju nak dibasuh banyak. Lemah hati aku.

Kerja mencari duit banyak yang terbengkalai. Bila aku sakit aku selalu ungkit-ungkit dan membeza-beza. Aku lah orang yang tak reti bersyukur. Membezakan dan membayangkan sekiranya aku menjadi seperti dia, apa-apa pun boleh buat. Semuanya senang bagi dia. Sedang aku untuk mendapat waktu yang sihat dan sempurna dalam sehari, seminggu pun susah. Ungkitlah, bedakan dirimu dengan orang lain. Kau memang tak reti bersyukur.

Tapi bila senang, dapat makan fast-food tak pula aku membeda-beda. Tak pula aku ungkit-ungkit. Suami aku bagitau secara lembut dan berhemah ;

" Abang tak nak kita bergaduh bila time kita tak ada duit. Tak nak gaduh bila kita susah. Tak nak gaduh bila kita ada kekurangan'.

Aku paham maksud dia. Senyum bila ada benda nak makan tapi bila tak ada merampus. Pemurah bila ada duit, bila tak ada duit kedekut.

Dah tiba masanya aku membantu dikala aku kekurangan. Menguatkan diri di kala aku lemah. Berbuat bukan mengungkit, membeda itu dan ini. Berbuat. Ya!

Semoga Allah tak membenci.



Nak KFC boleh tak? Tunggu kupon free kot :-)


Monday 11 February 2013

Scrub St.Ivas

Lately aku tengok muka aku banyak betul tumbuh jerawat dan tinggalkan parut ntah bila nak hilang. Pelik sebab aku tak picit pun jerawat tu, tapi sampai sekarang pun tak hilang dan makin bertambah. Warnanya jadi gelap-gelap, tapi tak best betul la tengok benda-benda ni melekat kat muka aku. Kawan aku kata sebab pemakanan. Macam kicap.

Ada peluang pergi Jusco haritu, singgah Watsons. Aku teliti satu-satu brand dengan fungsi yang ada kene mengena dengan parut jerawat.

Tetiba aku terpandang scrub muka ni. Dulu time UiTM, aku pakai ni lah. Best gila, lepas pakai licin je muka. Sebab aku berhenti pakai, bila tengok jenis ni dah makin naik harga. Dulu rasa tak mahal sampai RM 20++++

Jadi kat watson ada sales/less time tu and yang ni tinggal satu je.Harga RM 17.00. Terus amik! Yang aku pernah baca, skrub ni boleh ganti sel kulit baru, buang sel-sel kulit yang mati. So harap dia boleh ganti lapisan baru supaya parut tu blah.

Harap semua menjadi, harap muka aku boleh rata lepas ni.

Sunday 10 February 2013

Salad

Selalu bila kat kedai makan nampak salad mesti nak amik banyak-banyak cicah dengan sambal belacan.Yum yum. Amik banyak-banyak sebab terpikir kat umah tak ada salad.

Pastu gi kedai yang ada jual ikan sayur semua, nampak salad.Terpikir napa aku tak beli je salad. Takkan kat kedai makan baru rasa macam dapat makan salad ni.

So, ni lauk 3-4 hari lepas. Ada salad,ada ayam masak sweet & sour. Sangat mudah, sangat sihat, makan pun berbunyi sebab salad ni rangup! Syukur Alhmadulillah.