Monday 30 April 2012

Perancangan Diet - Ayam Kukus

Husband aku ada cerita pasal 1 website ni. Website yang membolehkan kita kawal kadar pemakanan kita. Apa yang kita makan, kita boleh key in dalam akaun kita and yang bestnya kita boleh set berapa kalori yang kita boleh makan setiap hari mengikut berat badan dan ketinggian (BMI). Websitenya ialah :


Aku memang dah lama nak diet and makan benda-benda yang elok tapi kadang-kadang bila nak beli barang yang berkhasiat tu, harganya lagi mahal daripada benda-benda yang tak elok. Kalau mee maggee tu paling mahal pun RM5 kot..hum..hum..tapi website ni ada juga guide untuk diet dalam keadaan tak mampu nak beli makanan sihat yang agak mahal.

Yang penting:
1) Setkan kadar penurunan berat badan yang diidamkan untuk seminggu; contoh seminggu nak turunkan 1kg.
2) Calculate keperluan kalori sehari (dan monitor pemakanan kita agar tak makan lebih dari kalori yang dibenarkan / dalam aim kita).
3) Melalui kadar kalori yang diperlukan, kita bolehlah nak target makan apa pagi, lunch and dinner.
4) Kalau ada buat workout or exercise, masukkan sekali. Nak tengok berapa banyak kalori burn.

So, untuk first step - TADAAAAAAAAA!!!!

Ayam kukus. Perah limau sikit. Dasyat!

Ayam Kukus

Resepi Ayam Kukus Mudah
Ayam potong kecik-kecik
Letak bawang putih, 
halia (lebih sikit)
Bawang besar
Sos tiram (perap ayam lama sikit)
Kicap sikit
Garam sikit
Perah limau - limau kasturi pun boleh
Campak-campak, terus kukus.
After 20-30 minutes siap!

Alhamdulillah.

Sunday 29 April 2012

Terakhir

Bulan ini bulan terakhir aku menjadi cikgu tuisyen. Gaji pun dah dapat, Alhamdulillah. Paling tinggi setakat ini. Aku berhenti kerana ini bulan terakhir untuk segalanya. Aku tetap akan mencari peluang untuk jadi cikgu tuisyen lagi lepas ni. Tak kira di mana. Aku sedih nak tinggal budak-budak tu. 




Aku sakit teruk dalam 2 minggu ni. Memberi banyak sebab yang aku kena buat pilihan. Melepaskan sesuatu yang aku suka buat disebabkan masalah kesihatan, sudah biasa bagi aku. Tapi bila memikirkan yang mungkin sampai bila pun aku akan sakit, membuatkan aku sentiasa mencatu kebolehan dan ability aku untuk buat benda-benda yang aku suka. Perit dalam hati apabila memikirkan banyak benda yang aku suka, aku tak mampu buat sebab aku sakit. Kalau aku buat, lagi aku sakit. Macam telur dengan ayam. Nangis je la kerja aku. Hum hum..

Tapi aku perlu fokus kepada apa yang aku perlu buat. Aku kena lebih kuat dan memasang azam yang aku mesti pulih walaupun mungkin time aku pulih tu, aku dah tua..dah tak sempat nak buat apa pun :-)

Inilah masa-masa terakhir yang ada. Ada banyak yang perlu dirancang dan dikemaskini. Semoga aku kuat dan sihat.

Alhamdulillah.

Thursday 19 April 2012

Pizza Hut - Chicken Wings (Spicy & Sweet)

Aku pengsan. Tiap-tiap malam susah nak tidur. Dah nak dekat seminggu aku sakit. Alhamdulillah, sakit sikit yang tahap masih boleh buat kerja.

Malam tadi time tak boleh tidur, aku teringat kat chicken wings Pizza Hut. Dah bertahun-tahun aku puasa chicken wings ni. Pelik pulak malam tadi teringat. Memang sedap, dah berapa kali buat sendiri tapi tak menjadi macam chicken wings Spicy & Sweet ni (kalau tak silap la).

Semoga dapat makan lagi bila mampu.Sekarang kena jimat banyak :-)


Tuesday 17 April 2012

Novel Cinta

M.A.I.D dan Cucur Bawang & Kopi O
Aku menghabiskan bacaan 2 buah novel ni dalam masa 3 hari kot. Pada pendapat aku, novel MAID ni lagi syok daripada Cucur Bawang & Kopi O. Ada niat nak menulis novel juga la..hum..hum

M.A.I.D
Jalan cerita dia agak simple and cliche tapi sebab dia ada banyak moment yang kelakar, bagi aku penulis tu kreatif. Aku pun senyum sorang-sorang. Cerita dia berjaya dari segi membayangkan keromantikan pasangan hero & heroin. Tidak ada yang tertinggal atau tergantung daripada segi persoalan. Cerita dia fun dan tak banyak guna metafora dan banyak perbualan daripada penulisan. Yup..aku suka yang jenis ini. Hum..hum..

Aku bagi 3.5/5 bintang :-)

Cucur Bawang & Kopi O
Ayat-ayat yang digunakan dan dibentuk dalam novel ni amat indah dan tersusun. Jalan cerita biasa-biasa bagi aku. Cuma tajuk dia boleh tahan catchy lah. Romantiknya tak seberapa, tapi plot ceritanya amat matang. Penulis novel ni lelaki dan ini first time dia tulis novel cinta. Sebelum ni dia tulis novel seram.

Aku bagi 2.5/5 bintang :-)

Alhamdulillah.

Sunday 15 April 2012

Favourite Coffee - Indocafe

Aku dan husband aku sangat sangat sangat suka kopi ni. Memang sedap seolah-olah ada gula melaka dalam kopi ni. Dah try kopi lain tapi Indocafe tetap dihati. Sekarang ada jual yang letak dalam tapperware. Kira macam free la. Kalau beli kat Speedmart harga RM 7.95. Ada 30 sachet. Sekarang dah ada 2 tapperware Indocafe. Suka betul aku!

Kopi 3 In 1 Indocafe
Harapan : Sila kekalkan harga kopi ini :-)

Saturday 14 April 2012

Bunyi

Aku takut akan bunyi itu. Tapi bila aku perlahankan bunyi kipas, tak ada pula bunyi tu. Aku menapak keluar dari bilikku. Mencari dari mana datang bunyi itu. Kudengar seakan gendang. Kadang-kadang seperti bunyi orang sedang memotong. Takutkah aku? Ya. Dan aku enggan tidur. Cepatlah pagi. Aku ingin tidur.

Aku perlu lebih kuat dan fokus. Aku perlu lebih berani. Kerna ada yang lebih besar menanti.

Aku tiba-tiba lapar.




Thursday 12 April 2012

Away

Hati-hati. Aku akan rindukan kau. Selamat berjuang :-)


Wednesday 11 April 2012

Facebook dan Manusia

Aku tak ada selera nak makan 2-3 hari ni. Asyik terasa nak minum susu coklat je. Makan maggi goreng je sebab paksa diri nak ada tenaga.


Aku godek-godek FB, terjumpa banyak benda. Yang buat aku tersenyum dan berfikir. Apa perasaan admin untuk company yang buat page diorang kat FB. Kalau kena puji, mestilah ok. Tapi kalau macam ni....



Wish selamat malam pun kena marah juga..

Kalau aku, aku resign :-)

Tuesday 10 April 2012

Resepi Ayam Perap Mudah

Bahan-bahan:
Ayam
Sos Tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara:
Basuh ayam, perap dengan bahan-bahan tadi. Lagi lama perap lagi best :-)

Lepas tu goreng.

TADAAAAAAA!!!!!!!

Ayam Perap Sos Tiram
Sedap juga makan dengan ikan perkasam!

Ikan Perkasam


Selamat makan lunch!




Monday 9 April 2012

Dating #2 - Putrajaya

Lepak and dating kat Putrajaya, bandar percintaan aku & husband aku..hum..hum. Hari tu pergi malam, tak sampai beberapa hari pergi petang pula. Antara favourite place aku lah kiranya Putrajaya ni. Aku suka bangunan-bangunan kat situ. Semuanya ada ciri-ciri identiti tersendiri. Aku suka setiap jambatan yang ada kat sana. Kalau malam aku suka combination colour lampu dan arah lampu tu dihalakan pada sudut-sudut tertentu yang aku rasa sangat cantik. Putrajaya memang tak akan ada duanya :-)



Alhamdulillah. Sangat happy dating dengan husband aku :-)

Saturday 7 April 2012

Rosak

Aku tak suka entry tanpa gambar. Hanphone dah rosak. Jadi tergendala kejap entry aku. Hum.Hum. Alhamdulillah dapat ganti baru yang murah dan latest model. Nokia 100. Dulu guna handphone ada camera. Sekarang MMS pun tak boleh dah. Tak apa, asal boleh telefon, Alhamdulillah.

Nokia 100
Aku rindu guna Nokia pasal lambat rosak berbanding phone lain. Nokia 100 ni model yang memudahkan orang menekan button dia yang ada gap satu sama lain. Ada warna pink & hitam. Ada radio dan colour screen. Sangat ringan dan boleh separate phonebook ikut group of people. Overall, aku suka handphone ni.
:-) Alhamdulillah.