Monday 7 May 2012

Telur Setengah Masak

Aku memang sangat tak pakar dalam hal ni. Start last week kot, husband aku memang nak makan telur setengah masak setiap hari. So, aku ingat-ingat balik dah lama sangat aku tak buat dan maybe dah tak ingat berapa minit nak tinggalkan telur dalam air panas.

So, aku search kat internet resepinya dan kebanyakkan blogger buat 15-20 minit. Aku try 15 minit. Husband aku kata, still ada bahagian yang tak masak. Esoknya try 20 minit. Ok sikit daripada yang 15 minit. Try 30 minit....TERUS JADI TELUR SELURUH MASAK - Baik rebus je! Hum..hum..

Bilalah nak jadi macam kat kedai punya...


@Pappa Rich

Thursday 3 May 2012

Online Shopping - Pengalaman Pertama

Aku tak pernah beli barang secara online even hati membuak-buak nak try. Tengok tudung rasa nak try beli, tengok baju rasa macam nak beli tapi takut dapat kat tangan tak muat pulak. Itu problemnya kalau beli just tengok dari internet. Warna, saiz dan kualiti diragui kecuali penjual tu ada letak testimonial.

Disebabkan beg aku koyak teruk, aku tanya husband boleh tak nak ganti bag. Alhamdulillah, ada rezeki, aku try beli online pasal yang kat kedai-kedai jual beg kat luar sana tak ada yang berkenan di hati. So, aku letak budget aku dalam RM 30-RM 40. Aku dah lama bookmark banyak online website/blog handbag sejak 2 tahun yang lalu tapi tak pernah try beli. Satu sebab budget, nak berjimat. 1 lagi sebab tak yakin. Hum..hum..

Alhamdulillah, setelah 2 minggu buat survey outside and kat online shopping blog, aku telah berjaya beli bag ni. Tapi harga dia melebihi budget aku sebab plus dengan kos courier. Harganya RM 45.

ABX Ekspress - Ambil masa 5 hari jugalah baru sampai

Sebab-sebab aku pilih bag ni :

1. Sebab warna merah!

Saiz besar, boleh isi banyak barang
2. Sebab banyak poket. (Kat belah tepi kanan & kiri pun ada poket).



Boleh letak botol air kecik
Yang paling best:
-
-
-
-
-

3) Bag ini multifunction!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tadaaaaa!

Boleh dilipat menjadi kecik 
Boleh sesuaikan dengan kehendak. Kalau nak isi banyak barang banyak boleh try macam yang atas sekali dan dipakai macam bag tangan. Kalau nak pakai silang, try kecikkan / lipat supaya nampak lebih kecik. Dia bagi sekali tali panjang.

Sangat puas hati cuma bila pakai style atas sekali tu aku rasa macam singkat je bag tu. Macam atas pinggang. Hum..hum..

Alhamdulillah.

Wednesday 2 May 2012

Lunch @ Chili's Empire Gallery Subang

Ini first time aku and husband makan di Chilis. Kawan kitorang belanja. Kitorang excited gila pasal memang looking forward nak merasa Chilis tapi agak mahal la diorang punya makanan. Member kitorang suggest makan steak. Husband aku segan jadi dia order ikan salmon. Aku order steak. Tak menahan mahalnya..rasa tak bersalah nak order.Hum..hum..

Lampu and environment dia best dan ada ruang makan yang sangat besar. Memang macam makan kat tempat yang ada class. Seriously. 




Air aku (juice) bottomless


Ada tiles cantik kat meja


Salmon (Husband's)

Steak (Aku) - Kentang lecek tu sangat sedap!
Steak dia kering dan tak juicy. Maybe sebab dia nak kekalkan rasa sebenar daging tu. Tapi ni memang rezeki Allah bagi. Memang nak bagi kitorang rasa.  Alhamdulillah.

Tuesday 1 May 2012

Selamat Hari Pekerja 2012

Panas sangat. Aku tak tahan, aku suruh husband potong rambut aku. Sekali senget sebelah dah.

Jimat. Shampoo dah tak payah pakai banyak, tak payah gi kedai potong rambut. Tak payah kutip rambut-rambut gugur.



Cuti bagi aku sama je macam hari-hari lain. Hari-hari pun cuti. Tapi banyak benda nak settle. Asyik tertangguh. Hari tu ada dapat tiket wayang free, menang contest. Rasa macam cerita apa-apa pun boleh tengok. Hari ni macam nak pergi jalan-jalan. Tapi tak tau lagi. Boring :-)