Wednesday 29 February 2012

Hari Marah Sedunia

Semalam hari marah aku. Tak tau kenapa asyik nak marah orang. Aku ada voucher yang masih tak dapat, dah nak dekat 2 bulan. Janji 1 bulan paling lama. Aku pun email diorang nak minta kepastian. Diorang suruh tengok balik alamat yang aku bagi. Betul dah. Aku reply email and diorang reply balik aku punya voucher tu dah dikembalikan balik sebab posmen kata tak ada orang ambil kat rumah.

Then diorang reply, kena pastikan ada orang kat rumah untuk ambil surat pos laju tu. Kalau tak diorang tak bertangungjawab nak hantar balik. Teruk. So, kepada orang-orang yang bekerja, sila ambil cuti ye untuk tunggu surat or parcel Pos Laju. Atau pun berhenti kerja untuk pastikan ada hari-hari dekat dalam rumah untuk tunggu Pos Laju datang. Nice excuses, try harder please.

Pos Laju akan tinggalkan Sorry Notice kalau aku tak ada kat umah. Then aku akan ambil sendiri kat Pos Laju. Tak ada problem wujud sebelum ni. Company dia sorang pulak nak buat hal.


TARIK NAFAS.
HEMBUS.

Alhamdulillah dah dapat gaji yang ke-3. Lebih banyak dari bulan lepas. Hum..hum.

Curi baca @ Popular
Jalan-jalan kat Sunway Pyramid sorang-sorang and dapat beli : 

Berus Gigi & Kapas


Syukur, Alhamdulillah.


Wednesday 22 February 2012

Dapat!

Alhamdulillah.

1. Dah collect hadiah contest
2. Sihat minggu ni
3. Nampak sinar-sinar kewangan masa depan
4. Student nakal telah aku marah dan berjaya dapatkan perhatian (Setakat ni)


Alhamdulillah :-)

Nota Kaki : Kopi tu aku redeem dari mynewshub.com. Baca, dapat point & redeem kopi. Dapat 20 sachet! :-).

Saturday 18 February 2012

Yin & Yang. Positif & Negatif.

Hari ini hari Sabtu yang mendung di luar. Dah siap masak, tapi husband aku tak ada. Tak berapa selera nak makan.

Sambal Daging
Akhir-akhir ni aku bangun pagi mesti teringat student-student aku. Aku rasa aku tak cukup bagi apa yang sepatutnya aku bagi. Pelajar bertambah, cabaran pun bertambah. Aku kena kuat dan terus berfikir macammana nak handle kenakalan student-student aku yang nakal dan takmau dengar cakap. Aku dah ada strategi, tengok macammana next week :-) Hum hum.

Lotion L'Occitane
Alhamdulillah, aku menang barangan lotion Limited Edition L'Occitane. This week aku ada menang 3 lagi contest, yang patut collect hari ni aku call tangguh amik next week. Rezeki Allah kasi. 

Esok adalah hari yang sibuk! Mesti kuat!

Alhamdulillah ;-)

Wednesday 15 February 2012

Huh.Huh.Risau

Aku dari pagi tadi keep tarik nafas, lepas perlahan-lahan. Sekarang pun. Hari ini student aku makin bertambah dan cabarannya ialah darjah 3-6 disatukan dalam satu kelas, but subjek yang sama. Ini adalah cabaran terbesar setakat ni. Eh. Ada satu lagi cabaran, aku mengajar salah seorang student yang kurang upaya.

Blur

Aku start risau.

Tuesday 14 February 2012

Dairy of Wimpy Kid & Pajak Gadai

Aku suka curi-curi baca buku Wimpy Kid kat mana-mana bookstore especially MPH. Buku dia ada colour hijau, merah, kuning..rasa ada 5 dah sekarang. Aku baca sikit-sikit tak pernah habis. Lepas tu aku dapat tau anak member aku beli, terus pinjam :-) Seronok betul. Cerita dia sangat funny, rasa macam dulu time sekolah aku ada terfikir and buat benda-benda yang budak-budak ni buat. Ada lalui benda dan perasaan yang sama.

First Edition
Sebelum aku baca buku ni, aku ada tengok movie Wimpy Kid. Kelakar juga macam buku dia tapi dia kemaskan sikit jalan cerita. Ada part yang dia ubah sikit untuk sesuaikan jadi movie.

Diary of Wipy Kid the Movie
Aku risau. Pajak cincin emas aku dah due patutnya. Aku telefon tauke pajak tu, dia kata boleh tangguh tapi aku macam tak yakin je dengan tauke tu. Hum hum. Aku nak extend sebab tak cukup duit nak bayar tapi bila dah due ni tak tau pula macammana dia kira. Doakan yang terbaik :-)



Alhamdulillah.

Monday 6 February 2012

Dating #1

Bestnya dating dengan husband aku. Jalan-jalan, makan-makan, beli sikit barang. Hum hum. Walaupun hari-hari jumpa tapi aku tetap nak panggil ni dating :-)

Redeem Kupon KFC
Tak tahan betul dengan perangai sendiri. Hum hum.Tak nak kalah, Dinner Plate. Tak apalah, bagi chance. Dah lama tak makan fast food & ayam :-) Husband aku pun amik dinner plate. Kena tambah RM 8. Hum hum.

Barang Dapur
Alhamdulillah, ada duit sikit beli gula, kopi dan minuman bergas Zapel. Baguslah air gas Zapel ni. Aku keluarkan semua angin-angin aku :-). Kena bayar 20 sen kalau nak plastik. Jadi kitorang pegang menonong ke kereta :-)

Sunday 5 February 2012

Berita Gembira

Aku selalu tengok pos box rumah. Kalau boleh hari-hari nak tengok. Sebab sekarang aku tengah tunggu kupon-kupon makanan. Masa tak ada duit, boleh makan guna kupon.

Sekali ada dua envelope. 

Mini Contest - Garnier BB & Krim Pencerah 
Aku ada menang mini contest Garnier. Pek ni boleh bawa travel. Tak adalah bag berat sangat. Ni aku menang last year tapi baru sampai. Hum hum.

Kupon KFC RM 20
1 lagi envelope ada kupon KFC RM 20!!!!!!Yahoo! Kupon ni boleh pilih nak Ayamas, Pizza atau KFC:-) Aku dengan suami aku nak makan KFC! Kupon ni aku dapat daripada survey yang aku buat online. Kena kumpul point banyak-banyak baru boleh dapat kupon ni. Ada pilihan lain tapi aku mesti pilih makanan. Hum..hum.

AIP Online Survey - Sini

Berita gembira, Alhamdulillah!


Saturday 4 February 2012

Cucur Bawang

Aku suka cucur bawang ni dari time sekolah lagi. Sampai sekarang, kalau cucur kosong pun tak apa. Tak ada isi pun tak apa. Aku suka :-)

Cara aku masak cucur bawang ni ikut barang apa yang ada kat sekeliling aku. Kali ni aku letak nasi sekali. Jadi Cucur Bawang Nasi.

Bahan-bahan :
Tepung
Bawang Besar
Lada Hitam
Garam
Aji
Ikan Bilis - Kerat kecik-kecik pakai gunting. Boleh jimat :-) Ikan bilis sangat mahal. Hum hum..
Air
Nasi

Adunan siap!
Goreng- Macam-macam bentuk ada :-)
Siap!

Minum petang yang hebat! Alhamdulillah.