Tuesday 31 January 2012

Gaji ke 2 & Camping

Alhamdulillah, aku dah dapat gaji tuisyen bulan Januari 2012. RM 195. Sebab student masih tak ramai mendaftar, tolak Public Holiday itulah jumlah keseluruhan yang aku dapat. Setakat ini aku betul-betul gembira dapat jadi cikgu tuisyen.

Aku ada student yang memang tidur awal setiap malam, jadi dalam kelas dia akan mengantuk dalam pukul 10 pm macam tu. Jadi aku mintak dia buat senaman sikit tapi tak menjadi pulak. Lepas tu aku mintak dia bangun tulis jawapan Matematik kat depan. Dia suka pulak :-)

"Cikgu, tak mengantuklah saya buat macam ni", sambil tersengih-sengih.





Aku pergi camping dengan kawan-kawan aku kat Melaka. Ada laut, ada bakar ayam, ada suasana kampung, ada angin, ada baby dan kanak-kanak. Semua yang aku suka ada :-) Aku seronok betul. Alhamdulillah.

Wednesday 25 January 2012

Siap Sedia!

Tak tau kenapa aku bersemangat semacam hari ni. Hum hum. Ni barang dapur aku baru beli. Selalunya aku akan fikir barang yang aku beli ni akan tahan sampai bila. Aku target boleh cukup untuk 2 minggu. Mampu ke?

Barang Dapur - RM 15++
1) Bawang Besar - 10 Biji
* Lebih 2 minggu pun cukup kalau potong kecik-kecik. Tapi husband aku suka makan bawang. Jadi sekali masak guna sebelah / suku biji :-)

2) Magee - Mi Sedap 5 paket
* Kalau tak sihat dan tak larat masak, ni jadi pengganti nasi. Tapi tak berapa kenyang.

3) Sardin Tin Kecik - 1 hari 
* Tapi kena masak dalam nasi goreng (Nasi Goreng Sardin). Kalau tak tengahari je cukup.

4) Coki-Coki - RM1 (5 batang)
* Sebagai penambah tenaga. Husband aku suka kunyah-kunyah time buat kerja.

5) Tepung Gandum - Sarapan
* Macam kalau sarapan, buat lempeng cicah kari kosong. Atau cucu bawang. In case kalau semua dah habis, ini boleh jadi penyelamat.

6) Sardin -Tin Besar
* Ni tahan 2 hari je. Aku target 3 hari. Rupanya gagal juga. Hum hum. Dah habis dah ni.

7) Telur - 10 Biji
* Dah guna 4 untuk semalam & hari ni. Jadi tinggal 6 biji. Mungkin tahan sampai Jumaat ni.

Perancangan masa hadapan - Tak payah beli maggi. Ganti tepung. Tengok macammana.

Tuesday 24 January 2012

Hari-Hari yang Selesa

Jalan-jalan adalah salah satu aktiviti yang buat aku selesa dan tenang. Tambah lagi ada suasana kampung, pokok-pokok hijau, sawah bendang. Aku suka semua tu. Aku suka berjalan-jalan dan amik gambar. Sangat suka nasi kandar. Hum hum.

Pulau Pinang
Jalan teramatlah sibuk dan sekitar pekan nampak kaum Cina buat persiapan sambut raya. Beli banyak benda warna merah. Best ni :-)

Teluk Intan, Perak
Pergi tengok orang nikah kat Teluk Intan. Dalam perjalanan ada jumpa sawah bendang juga. Hijau. Jalan jem pun tak apa pasal boleh tengok sawah lama-lama. Pernikahan tu dibuat di rumah anak yatim. Sayu hati aku tengok budak-budak tak ada mak bapak. Tapi baguslah. Meriah kenduri tu dengan ramai anak-anak yatim.

Putrajaya & Birthday Party
Putrajaya tempat favourite aku dengan husband aku. Banyak perubahan, sampai sekarang tetap tak dapat naik bot tu. Hum..hum. Banyak kenangan aku dengan husband aku kat Putrajaya. Daripada zaman kawan sampailah sekarang. Aku betul-betul selesa dan happy. Alhamdulillah.



Thursday 19 January 2012

Kesukaan #1

Aku was-was hari ini. Nak basuh baju ke tak. Tengok awan kat luar macam mendung. Jadi aku tak jadi basuh baju. Sekarang dah mula hujan :-)

Aku selalu juga senyum sorang-sorang dan bila aku ada apa yang aku suka.

Kopi 

Limau Kopek Sendiri

Jajan 30 Sen
Dan........

Organizer / Diari (Merah)

Aku suka merah. Hum hum. Organizer ni aku dapat menang contest tahun lepas. Tengok semua ni buat aku suka dan tersenyum sorang-sorang :-D

Alhamdulillah.

Wednesday 18 January 2012

Beautiful Life

Last week, 2 kali aku jatuh pengsan, pitam. Bila sakit selalunya aku down. Nak melayan down aku, aku akan tengok cerita orang sakit.

Beautiful Life
Ini cerita Jepun. Perempuan ni sakit sejak umur 15 tahun. Tak ada kaki untuk berjalan dan berlari. Aku bersyukur, even aku sakit tapi aku cukup sifat. Alhamdulillah. Perempuan ni bekerja dan pakai kerusi roda. Boleh memandu dan sangat independent. Sangat sensitif dan selalu fikir yang orang akan susah nak jaga dia sebab dia cacat. Hanya boleh pergi kedai makan tertentu sebab ada kedai yang tak ada lorong masuk orang cacat. Selalu kena dukung.

Lelaki (Takuya Kimura), dia nak jaga perempuan ni walaupun dia tahu 1 hari perempuan ni akan mati. Aku tengok cerita ni lebih 10 kali tapi tetap nangis juga. Hum hum.

Harapan : Moga esok internet tak kena potong :-)

Alhamdulillah.

Tuesday 17 January 2012

Bahasa Melayu itu Mencabar



"Ok, sekarang bagitau cikgu kenapa soalan ni sepatutnya salah".

Senyap.

"Sebab bunyinya macam tak sedap cikgu", Iman tersenyum-senyum.

Hum.Hum. Aku juga mengalaminya satu masa dulu. Mak aku kata 'memandai je kau'. Itulah Bahasa Melayu. Kalau kita belajar Bahasa Inggeris, kita akan fokus kepada grammar atau verbs atau apa sahaja terms yang ada dalam pelajaran Bahasa Inggeris.

Tapi, bila kita dah biasa dengan Bahasa Melayu, bertutur dari kecik, orang sekeliling pun bertutur dalam fahaman yang sama, penilaian kepada Bahasa Melayu itu dibuat dalam bentuk 'sedap', 'tak biasa dengar', 'macam tak sesuai' tanpa merujuk kepada Kata Nama, Kata Sendi, Kata Kerja Tak Transitif, Kata Kerja Transitif dan lain-lain lagi. Kita sudah tak biasa dengan peraturan Bahasa Melayu sebab bagi kita, kita lagi power dari peraturan tersebut :-). Ok. Bukan kita. Aku.

Kesimpulannya, mengajar Bahasa Melayu adalah mencabar.

Saturday 14 January 2012

Novel

"Roti ada", aku berfikir nak makan dengan apa.

"Kaya?"

"Tak ada."

"Mentega?"

"Habis....."

"Kenapa abang cakap mentega yek. Bukan planta. Macam bahasa baku / formal".

"Ha! Ada kuah kacang sate kenduri hari tu. Jom cicah!"

"Abang rasa nak buat novel la..", sambil berkerut-kerut dahi.

Aku dengan husband aku lepak kat meja makan sambil cicah roti dengan kuah kacang sate. Borak-borak pasal idea nak buat novel. Kelakarlah husband aku. Dia siap imagine masa watak utama dia tengah bercakap-cakap dengan musuh, ada tukang mop kat belakang tengah berjoget-joget. Siap reka lagu. Hum..hum. Dasyat :-)

Malunya. Aku dari tahun lepas cakap nak buat 1 novel, sampai sekarang pendahuluan pun tak ada. Sekarang dia dah ada lebih 10 mukasurat. Berusaha!

Angpow & Surat Pos Laju
Pagi tadi ada orang ketuk pintu rumah macam nak parang orang. Aku pakai tudung dan baju elok sikit tapi dia dah pergi dulu. Ada selit surat pos laju ni kat pintu rumah. Aku tak dapat nak agak barang apa agaknya yang aku menang. Isnin nanti boleh ambik. Angpow ni dari JackCow. Aku tak tau pun aku menang, tetiba ada dalam box. Alhamdulillah. Tapi tak tau nak guna buat apa :-)



Friday 13 January 2012

Lapar

Aku suka godek-godek gambar makanan kalau aku tengah lapar. Tak cukup dengan itu aku cari blog-blog resepi, telan air liur dan cakap Alhamdulillah. Blog resepi memang menarik minat aku dan bila aku tengok bahan-bahannya, aku stop dan aku akan fikir ada tak dalam peti ais. Kalau tak ada, aku akan innovate resepi tu jadi lain tapi still sedap. Hum hum.

Badan aku lemah semacam hari ni. Aku lapar dan tak cukup makan. Jadi aku godek gambar masakan aku dulu-dulu.

Sambal petai, Ayam masak kicap & Sup Cendawan
Sedapnya! Dalam minggu ni aku makan lauk ni. Syukur Alhamdulillah. Berusaha lagi!

Telur Dadar & Cili Api


Thursday 12 January 2012

Ikan Belah Belakang

Tiba masa yang dinanti. Mengajar kat pusat tuisyen! Alhamdulillah. Aku secara rasminya menjadi Cikgu. Hum hum. Happy sangat, syukur. Setakat ini, semua ok. Tapi aku kena pastikan pelajar aku belajar setiap topik awal dari diorang belajar kat sekolah. Aku kena catch up laju sikit.

Tulisan aku tak berapa lawa.
Aku suka makan ikan ni. Ada kata yang nama resepi ni ikan belah belakang. Ada kata ikan sumbat. Boleh la, seakan-akan sama je kan. Yang dah goreng tak ada gambar. Ni percubaan pertama, tak pernah try sebelum ni. Rasa ok. Alhamduillah.

Ikan Sumbat / Belah belakang

Pencapaian terbaru : Menjadi cikgu tuisyen.

Wednesday 11 January 2012

Sekali Sebulan & Garnier

Ia datang lagi. Selalunya aku boleh agak. Tapi kali ni datang mengejut. Silap aku tak monitor betul-betul, sakit senggugut ni. Dah besar panjang pun senggugut lagi. Hum hum. So aku kena prepare diri aku cukup zat dan kurangkan letih. Biasanya akan pengsan dan pitam sebab aku ada masalah darah.

Garnier vs Shurah

Waktu aku sekolah menengah lagi, aku ada pakai 1 pencuci muka Sabun Susu Kambing Nanny. Start lepas aku kahwin, sabun tu dah takda, diorang tengah rebranding. Sabun tu murah, RM 3 je sekotak. Aku frust sebab sabun tu je yang sesuai dengan aku dan boleh jimat banyak. Lepas tu aku try sabun susu kambing lain, gatal-gatal muka. Termasuklah Shurah ni. Husband aku pakai ok pula. Oh, kitorang share berus gigi juga sebab jimat kos. Hum hum.

Then, aku tengok keliling, orang selalu puji Garnier. Aku masuk contest, menang dapatlah complete set termasuk toner. So far aku puas hati. Alhamdulillah. Tapi toner tu aku tak pakai lagi, sebab tak reti. Aku pakai No 1 & 2 dulu. Shurah biar husband pakai.

Alhamdulillah.

Pencapaian terbaik : Blog aku dah ada readers. Terima kasih banyak-banyak kepada semua kata-kata perangsang! Aku semakin kuat, doakan yang terbaik! Credit to Arianna. Sebab dia ada sebarkan cerita blog dan link aku pada reader dia. Thanks a lot!

Tuesday 10 January 2012

BR1M & Mug Baru

Sepatutnya, next month akan dapat duit BR1M. Aku dah hantar borang last week di LHDN Damansara, Selangor. Sebenarnya ternganga juga aku tengok bangunan LHDN tu. Konsep macam bangunan dalam taman. Aku suka weh.

LHDN Damansara
Masa aku masuk, kena naik tingkat 3. Aku dah cuak. Masuk lif, nak tekan button 3 tak ada. Ada 2 orang laki pun nak pergi naik tingkat 3, diorang pun confuse. Dah la lif tu turun bawah ke tempat parking. 3 orang cuak lagi bagus daripada aku sorang yang cuak :-) So, terpaksa naik balik. Tanya guard, rupanya ada lif lain yang naik atas. Semoga kesesatan ini dibalas dengan kebaikan iaitu duit BR1M. Hum. Hum.

Aku beli mug baru sebab dulu punya dah pecah. Beli kat kedai RM2 tapi harga RM 2.99.

Banyak kenangan mug ni

Mug baru - Bina kenangan baru





Alhamdulillah.

Pencapaian hari ini : Bangun terus pergi telur, timun, cili api & kentang. Terus masak lunch.





Monday 9 January 2012

Roti Planta & Nervous

Dapat banyak roti free semalam. Alhamdulillah. Roti datang dari Pulau Pinang, harga masih RM 0.50. Susah dah nak dapat kat KL. Rasa pun tak sama macam roti krim Gardenia. Inilah roti kampung :-)

Roti Planta
Roti Kelapa
Nervousnya, malam ni start mengajar kat tuisyen. All the best!


Alhamdulillah.

Sunday 8 January 2012

Gaji Pertama 2012


Aku dapat RM100 dari boss pusat tuisyen. Alhamdulillah. Esok maybe aku akan start balik distribute flyers sebab baru 3 orang daftar.

Aku & husband aku dah lama tak pergi jalan-jalan bersama sebab tak ada mood disebabkan tak ada duit. Jadi ada duit ni bukan bermaksud kitorang nak spend for something tapi nak create mood untuk bersiar-siar :-)

Pergi Sunway Pyramid, jalan-jalan dan tengok wayang Sherlock Holmes. Tiket ni free aku dapat menang contest. Beli syampu RM 3.90 dan makan kat Murni Discovery. Lepas tu redeem free contact lense kat Subang Jaya. Malam baru tengok wayang. Lepas tengok wayang, jalan-jalan kat KL. Bestnya. Hum hum.

Bersemangat untuk cari duit lagi!

Alhamdulillah. 

Pencapaian terbaik hari ni : Dah start masak balik. Kemas rumah dan basuh baju. Letih tapi bersyukur!

Friday 6 January 2012

Pusat Tuisyen & Panas Terik

Cuaca sekarang sangat panas. Aircond kereta maximum pun still panas. Ketiak lecak tak ingat, aku hala tangan aku kat aircond, sejuknya ketiak.

Semalam dan kelmarin aku tolong edar flyers kat sekolah rendah dan menengah. Tersangat panas. Untuk sekolah rendah, after aku distribute ramai call boss aku tanya. That was a good sign. Alhamdulillah. Malam aku pergi pusat tuisyen, no registration. Boss aku dah cuak. So possibility aku untuk jadi cikgu tuisyen buat kali pertama amat tipis.

Ini sikit ni. Yang lain dah bungkus.

Sekolah menengah, aku edar kat budak-budak pasal mak bapak mana ada hantar dah yang dah baligh ke sekolah. Samaada naik bas sekolah or jalan kaki pergi dan balik. Tapi sempatlah mata aku tangkap kereta-kereta mewah hantar anak ke sekolah tu. Dan aku ketuk cermin kereta dan pass flyers tu. So 20% to parents, 80% to students. Tak tau lagi ada registration ke tak.

Letih dan badan aku bertambah sakit. Aku rehat cukup-cukup. Takut melarat. Tapi sekarang betul-betul tak ada duit. Tak larat masak jadi terpaksa tapau makan. Duit lagi. Hum hum.


Cooling Pad Baru!


Pencapaian : Distribute flyers kepada parents dan budak sekolah bawah cuaca panas terik.

Alhamdulillah.

Tuesday 3 January 2012

Unknown

Harini bangun tengahari. Sakit teruk. Badan sangat lemah, tak mampu nak masak lunch. Jadi husband aku belikan lauk. Nasi petang semalam ada lagi, nasib. So, beli lauk. Habis RM 10 lunch harini.

Badan aku sakit teruk, bahu dan dada. Aku menangis lagi. Itulah dia menangis sakit. Syukur hidup lagi. Dah banyak berusaha dan duit dikorbankan untuk tahu apa penyakit aku. Tapi sampai sekarang status masih unknown. Aku dengan husband aku tak ada duit banyak untuk hidup apatah untuk continue bayar hospital untuk ubatkan aku. So far, keadaan kesihatan aku jauh lebih baik dari dulu. Dan pastinya sebab aku tak bekerja lagi macam dulu. Aku banyak berehat dan tak banyak buat kerja berat, tak banyak stress.

Start 1hb hari tu aku dah banyak berfikir macam mana nak cari duit. Aku harap aku kuat. Macam selalu.

Aku nak share pasal hobi baru aku 2 bulan lalu. Masuk contest! Haha. Memang macam tak percaya, baru 2 bulan aku dah menang macam-macam. Alhamdulillah. Tapi aku bukan sifu, tak pernah menang cash lagi :-)

SilkyLips - Lip Balm yang akan bagi warna pada bibir ikut suhu badan.

Ini salah satu hadiah contest yang aku pernah menang. Paling syok, aku tag member aku. Aku menang, dia pun dapat satu. Suka Minah tu. Hum Hum. Contest ni dari FB and dah lama dah ni.

Good news, aku ada peluang jual barang online @ FB and aku akan mulakan aktivitinya esok. Esok adalah hari yang sibuk. Harap aku tak sakit.

Alhamdulillah.

Monday 2 January 2012

Duit Oh Duit

Patutnya target aku hari ni bangun pukul 8.30 pagi. Tapi terlajak, 9.30 am baru terbangun. Macam rasa bersalah, terus pergi belakang bungkus semua sampah. Pastu baru basuh muka dengan tangan.Takyah gosok gigi dan jangan cakap dengan siapa-siapa kat kedai nanti. Takut bau melantong :-)

Breakfast roti telur. Kos yang terlibat :

Roti Gardenia : RM 3.40
5 Biji telur : RM 2.00
Jumlah Kos : RM 5.40


Roti & Telur Kedai Mamak

Handmade Roti Telur Sambal
Sampai sekarang tak boleh terima, nak breakfast pun mahal macam ni. Fikir-fikir balik, loh roti ada lagi kat dapur. So, esok boleh breakfast lagi makan roti. Kalau compare makan kat luar, ini dikira berbaloi.

Aku ada banyak plan untuk cari duit dan selalu fikir apa kerja yang sesuai untuk orang yang sakit macam aku.  Salah satu yang aku fikir ialah jual barang online. Tapi modal tak ada. Hum.Hum.

Slow-slow ok. Ni cita-cita aku untuk mendapat duit tahun ni :

1) Jual barang online
2) Jadi cikgu tuisyen
3) Tulis novel

Aku takkan buang masa seminit pun. Aku mesti kerja kuat tapi yang tak menyebabkan aku sakit teruk. Alhamdulillah.

Sunday 1 January 2012

Blog & Entri Pertama - 1 Januari 2012

Salam.

Di antara impian aku tahun lalu ialah ada blog sendiri dan workstation di rumah. Tak ada masalah, tahun ni aku start.

Blog ni aku gunakan untuk catat aktiviti-aktiviti aku seharian dan akan kurang cerita pasal sakit walaupun nama blog ni aku orang sakit. Mari cakap banyak pasal yang positif tahun ni!

Banyak yang kena capai tahun ni. Selamat berjaya!