Tuesday, 3 January 2012

Unknown

Harini bangun tengahari. Sakit teruk. Badan sangat lemah, tak mampu nak masak lunch. Jadi husband aku belikan lauk. Nasi petang semalam ada lagi, nasib. So, beli lauk. Habis RM 10 lunch harini.

Badan aku sakit teruk, bahu dan dada. Aku menangis lagi. Itulah dia menangis sakit. Syukur hidup lagi. Dah banyak berusaha dan duit dikorbankan untuk tahu apa penyakit aku. Tapi sampai sekarang status masih unknown. Aku dengan husband aku tak ada duit banyak untuk hidup apatah untuk continue bayar hospital untuk ubatkan aku. So far, keadaan kesihatan aku jauh lebih baik dari dulu. Dan pastinya sebab aku tak bekerja lagi macam dulu. Aku banyak berehat dan tak banyak buat kerja berat, tak banyak stress.

Start 1hb hari tu aku dah banyak berfikir macam mana nak cari duit. Aku harap aku kuat. Macam selalu.

Aku nak share pasal hobi baru aku 2 bulan lalu. Masuk contest! Haha. Memang macam tak percaya, baru 2 bulan aku dah menang macam-macam. Alhamdulillah. Tapi aku bukan sifu, tak pernah menang cash lagi :-)

SilkyLips - Lip Balm yang akan bagi warna pada bibir ikut suhu badan.

Ini salah satu hadiah contest yang aku pernah menang. Paling syok, aku tag member aku. Aku menang, dia pun dapat satu. Suka Minah tu. Hum Hum. Contest ni dari FB and dah lama dah ni.

Good news, aku ada peluang jual barang online @ FB and aku akan mulakan aktivitinya esok. Esok adalah hari yang sibuk. Harap aku tak sakit.

Alhamdulillah.

5 comments:

  1. Semoga apa yang diharapkan termakbul ye.. hang in there..

    ReplyDelete
  2. @ Cik Cip Puding
    InsyaAllah, doakan ye.Thanks visit sini.Lapar saya dengar nama Cip Puding ni :-)

    ReplyDelete
  3. ahahaha.. tu lah saya tengok nama saya sendiri pn kdg kdg jadik lapor.. jom kita pi makan goreng pisang jom.. nak merempit sat pi beli nih.. *vrrooommmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya goreng pisang! Hari ni ada? :-)

      Delete
  4. assalam...hai 'aku org sakit'..juz nk share..saya & hubby pn sakit..mmg betul2 sakit mcm 'aku org sakit'..dh 4thn dah sakit..pn xpunya zuriat..huhu..saya pn dh berhenti keje..cerita 'aku org sakit' sejibik mcm saya & suami..sama..sgt sama..huhu..mula2 kami pn tak tau sakit apa..tp sekarang kami dah tau sakit apa..kami berubat dengan beberapa org ustaz di sini.. http://bentengjiwa.blogspot.com alhamdulillah..dh boleh bertahan..

    ReplyDelete