Wednesday 18 December 2013

Raikan

Suami aku selalu kata 'Jom, kita raikan'...dan selalunya kami akan raikan dengan fast food. OMG. 

Benda yang nak diraikan tu untuk small matter je. Contoh, sebelum start kereta yang lately asyik susah nak start. Bila boleh start, dia akan kata 'Jom kita raikan'...bla bla blergh.

Benda kecik macam ni gembira untuk diraikan sebab sebelum start kereta tu dah macam-macam pikir apa nak buat kalau tak boleh nak start kereta tu. Dah macam-macam debaran ada. Masa start tu pun tutup mata. Nampak sangat tinggi harapan.

Alhamdulillah!

                     

Seriously, aku seronok betul dia cakap macam tu. Aku harap nanti kalau dia jadi bos, dia akan raikan kejayaan staff dia even staff dia buat sale cukup-cukup untuk bayar sewa office :-)

Cirit

Perut sakit, cirit. Ada perkataan lagi sopan ke selain cirit? 

So beli bubur segera, senang. Curah air, sedap pulak tu. Aku ada baca, kalau perut tak sedap, cirit sana sini, minum susu atau makan yogurt. Nanti dia repair mana patut.

                                 

Semua sekali RM 8.80. Tol naik harga? Roti tu pun dah naik RM 0.20. Lepas ni bikin roti sendiri :-)

Wednesday 13 November 2013

Cuti Kopi

Kopi ni dengan aku, macam isi dengan kuku tau. Macam aur dengan tebing. Tak ada mood nak start hari kalau tak ada kopi.

                                             

Sebab aku lupa diri punya pasal, last month mencekik kopi tak ingat. Jadi aku sakit pun tak ingat.

Sementara waktu ni terpaksa cuti kopi. Harap-harap betul la SEMENTARA.

Sedih betul.

Sunday 10 November 2013

Bertepuk Sebelah Tangan

Lately banyak sangat tengok cerita Korea. Aku suka kaji karakter pelakon. Pastu aku suka letakkan aku kat karakter yang mana. Kadang-kadang aku aware, ada certain cerita Korea ni over. Kalau yang kaya tu tak ingat betul kayanya. Toilet pun tak mau kalah. Kalau yang tak berduit plak, pun over jugak. Sampai 3-4 jenis kerja part-time. Tak menahan.

Tapi tak tau, tak menahan pun itu jugaklah yang aku suka. Sampai tak cukup tidur nak tengok ending, mata panda tak ingat. Tak cukup tidur sakit balik.


Kesian aku pada watak-watak looser. Suka kat mamat ni tapi buat macam mana pun mamat hero ni suka heroin. Dah nak buat macam mana, produser suruh.

Bangun pagi nak impress hero ni. Tapi nak buat macam mana, heroin duk senyap-senyap,cute-cute sikit dah tak payah impress. Itulah yang hero suka mengekor. Kesian cinta tak berbalas, apatah lagi bukan tak dicintai malah tak disukai. Kalau kat mata aku sebagai penonton ni ada je yang tak kene pada karakter ni, cerita nak highlight betul sampai biar semua penonton ni tau yang bukan watak heroin ni jahat sebab tu hero ni tak suka. Semua watak dalam cerita itu dan ini, tak suka kat si looser ni. Kesian betul. Macam pernah bunuh orang je. Macam pernah gostan kereta lenyek kucing kat belakang. Macam pernah tinggalkan adik lelaki umur 6 tahun kunci dalam toilet pastu bakar 1 rumah. Macam pernah bagi makan racun kat orang je sambil nyanyi K-Pop.

Macam jahat gila.

Ni orang kata bukan aku. Kalaulah tak suka buat lah apa pun, baiklah macam mana pun. Orang tetap tak suka. Kalau suka pun bukan priority. Kalau dalam priority pun bukan yang mustahak. Kalau yang mustahak pun bukan yang selalu diingat.

Amik hati? Jadi cantik, tak ada kedut. Bagi hadiah birthday. Tunggu hero sampai 3-4 pagi bawah salji sampai demam panas tak datang-datang. Buatlah segalanya pun, kadang-kadang kalau usaha sangat nampak macam terdesak. Still nampak macam looser.

Tau tak apa rasanya jadi orang yang cinta dan sayangnya tak berbalas? Rasa macam 'eh tak apa boleh lagi ni' ataupun 'sikit lagi ni', 'takpe sabar', '......silver lining (hum..hum tak ingat). Kita buat banyak benda tapi hasilnya tak banyak. Mungkin tak menjadi, sampai kecewa tak ingat. Terfikir-fikir kat mana yang silap.

Aku harap aku akan jumpa satu watak looser ni ; yang apa sahaja dia buat, dia buat bukan untuk orang suka kat dia tapi untuk diri dia sendiri.

Sunday 20 October 2013

Resepi Bergedil Kentang Tauhu

Teringin makan bergedil yang berkhasiat. Maksudnya ada ingredient yang menyihatkan. Kentang memang tak boleh makan banyak-banyak tapi ada pottasium. Bagus kentang ni. So aku decide, buat bergedil kentang campur tauhu.

Resepi :
Rebus kentang (selalu org goreng dan lecek, tapi nak sihat punya pasal rebus) Sayang nyawa.

Lecek tauhu yang 4 segi tu. 

Aku tak cukup bahan, ada orang letak bawang goreng/letak daging hancur/letak ayam hancur/daun bawang.

Aku letak garam, kiub ayam (sikit), lada putih & lada hitam. Lupa plak, cendawan tiram aku letak. Koyak-koyak jadi kecik.

Dah lenyek kentang, campur ngan tahu tadi, kacau dengan semua perasa.

Kepal-kepal campuran tadi jadi bulat, celup telur yang dah dikocok-kocok, terus masuk pan.

Ei apa dah bahasa melayu.

Aku tak nak goreng guna banyak minyak, jadi kira aku guna sikit minyak,api kechek, biar dia masak sampai dalam.

Rupa buruk sebab tak goreng guna minyak banyak. Tapi masak luar dalam. Pastikan api kecik dan biar lama sikit atas pan.

Tada.




Alhamdulillah :-)



Friday 30 August 2013

Bau

Aku masih ingat bau kantin sekolah aku masa darjah 1. Mengingatkan aku yang waktu tu aku makan tepi longkang dengan satu-satunya kawan aku. Putih, baik dan ada driver amik dia bila time balik sekolah.

Aku ingat ada bau pagi bila aku masuk pagar sekolah menengah time tingkatan 1. Bau tu akan ada tiba-tiba lalu depan hidung aku mungkin 5 tahun sekali, bukan kat sekolah pun. Bau tu ingatkan aku yang aku seronok pergi sekolah menengah berbanding sekolah rendah. Bau tu ingatkan aku yang betapa aku belajar sungguh-sungguh untuk dapat 8A PMR, tapi result aku yang paling teruk dalam gang aku.

Aku ingat bau tu. Bau rumput bercampur baur dengan pau sambal kantin tak ketinggalan bau sambal nasi lemak seringgit. Bau tu mengingatkan aku yang aku tak suka pindah sekolah.

Tiap kali aku minum Kopi Tongkat Ali, bau kopi ni ingatkan aku masa aku part timer buat minuman untuk student Master yang dah beruban time study kat universiti dulu. Satu hari, RM 20 tauke bagi.

Sekarang, kalau boleh aku nak hayati bau-bau kat sekeliling aku. Supaya aku sentiasa ingat. Bukan je lagu yang boleh bawak aku pada masa silam, bau pun boleh :-)


Thursday 29 August 2013

Rindu

Oh! Rindu sungguh nak mengajar semula. Nak nye salah sorang student aku dulu selalu call n sometimes sms aku. Aku selalu tak angkat pasal busy, kesian dia. Lalu aku pun sms panjang lebar. Dia ada ajak raya rumah dia.


Tapi dia jawab pendek je.
Dia memang struggle nak buat karangan Bahasa Melayu dulu. Hum hum.



Saturday 17 August 2013

Tak Cukup

Memang susah nak jadi yang terbaik. Even terbaik tu pun subjektif macam cantik atau hodoh juga.

Kadang struggle, kadang tak tau nak penuhi yang mana satu. Kadang tak jadi diri sendiri semata nak bagi orang puas hati.

Tiba masa dah give up, terfikir balik. Buat apa-apa pun tetap tak cukup. Buat baik, ye baik. Tapi tak CUKUP baik. Buat mesra, ye mesra tapi tak CUKUP mesra. Buat ikhlas, ye ikhlas. Tapi tak CUKUP ikhlasnya.

Cukup atau tak, sekarang yang tentukan bukan aku. Standardnya pasti dibeza-beza. Letih sebab maukan sayang itu. Tapi aku yang tak CUKUP pandai. 

Takpela orang tak sayang, asal Allah tahu usaha kita. Takpela. Mungkin mereka tak CUKUP sayang. Takpela, ada Allah itu segala-galanya.

Asal Allah ada untuk aku.

Saturday 11 May 2013

Jarang-Jarang

Jarang masak. Tak cukup bahan tapi bolehlah.Persiapan bahan plus masak amik masa 15 minit! Sedap, senang, simple!

Yummy!

Tuesday 30 April 2013

Idaman Hati - Oven

Dah lama aku nak sangat benda ni. Selalu tangguh sebab terlepas sales Tesco buat. Cepat sangat habis kalau Tesco buat sales. Selalu sales Tesco RM 80, tapi yang ni aku tak beli kat Tesco. Beli kat kedai elektronik biasa yang tengah buat sales. Wah, juling mata. Semua pun nak beli. Blender juice pun boleh tahan murah. Mixer pun. Tahan dulu. Satu-satu.

Brand Pensonic. RM 119, aku mintak tauke bagi benda free, dapat lah penyangkut plastik tu. Thanks tauke kedai :-)

Tujuan beli :
1) Nak buat benda-benda panggang.
2) Buat cake dan cookies untuk
suami.
3) Nak senang, campak-campak.
4) Nak kurangkan makanan berminyak.
5) Nak tengok cheese cair secara berdrama.

5 reason di atas yang buat aku rasa spend duit beli oven ni berbaloi!

So, aku rasmikan. Alhamdulillah!







Wednesday 20 March 2013

Western Food

Seingat aku time aku kat UiTM kot baru dapat merasa Western Food macam spageti. Tu pun maybe masa annual dinner kot. Tak ada perasaan nak carik sangat western-western ni. Sekarang baru beriya-iya nak try semua. Spageti, chicken-chop, lamb-chop, fish & chip, salmon, ntah apa lagi yang namanya panjang-panjang.

Baru-baru ni ada rezeki, suami aku kata nak makan apa pun boleh. Jangan risau dengan duit. Yippieee!! Hum, hum, hum. Best bila berdating ni.

Dapatlah makan Spageti Marinara. Tapi pelik juga, sebab manis la. Bukan patit pedas ke? Hum, hum. Tapi ada masam-masam sikit. Kalau ada cili api mantop habis ni.

Suami aku makan fish & chip. Nampak macam overcook. Tapi sangat tebal dan sedapppp!

Spageti Marinara RM 8.90, Fish & Chip RM 15.90. Alhamdulillah :-)



Saturday 9 March 2013

Susu Sejat - Diari Diet 2013

Aku terbaca pasal Diari Diet 2013 ni daripada blog kartun-kartun - nama blog tu ContengConteng. Dia ni memang dah famous lama dah sebab sebelum aku ada blog ni lagi aku dah jadi pembaca setia blog dia. Sebab blog dia ni penuh dengan kartun yang dia lukis, cerita kartun dia dekat dengan cerita hidup aku masa aku kecik-kecik dulu.

Dia ada cerita pasal Diari Diet ni daripada blog Susu Sejat. Actually, aku tak baca semua lagi entry dalam blog ni tapi kebanyakkannya cerita pasal cara jaga kesihatan, diet yang betul dan sewaktu dengannya.



Apa yang best, Susu Sejat ni amatlah pemurah bagi free Food Calories List (pdf File) yang aku rasa amat praktikal untuk orang Malaysia sebab kat dalam list tu ada senaraikan kuantiti kalori kuih-kuih dan makanan orang Malaysia. Before this aku dapat list jumlah kalori yang general macam soup or nasi ke sebab aku refer list omputeh.

Anyway, aku dah masukkan dalam wishlist aku nak beli Diari Diet 2013 ni. Nak buat tempahan, boleh tengok kat sini.

Friday 8 March 2013

Lunch.Tadaaaaaaa!!

Favourite aku. Sambal kentang.
Ni 4 hari lepas kot punya lauk. Hari ni ingat nak buat lagi dengan tempe. Sekali tempe busuk, melayang RM 1.







Sunday 3 March 2013

Tupperware

Aku ada satu habit buruk. Susah betul nak pulangkan tupperware kepada empunya. Biasalah, kadang-kadang jiran, sedara mara, kawan-kawan bagi kuih or lauk pauk, dorang mesti bagi guna tupperware or yang bukan jenama tupperware pun.

Tupperware kalau dah jenama tupperware (bekas lain pun dipanggil tupperware) mestilah kejam kalau tak pulang balik. Mahal tu. Kalau tupperware tak mahal pun kena pulangkan balik, sebab kan orang punya.

Bukan apa, kadang-kadang fikir nak balas dengan apa. Takkan nak pulang kosong je. Tu yang susah sangat nak pulang. Alih-alih time nak pulang, tak sedar dah 8-10 tupperware jiran aku simpan. Malunya, pulangkan 1 tupperware kosong compare to pulangkan 10 tupperware kosong = malu yang abadi.

Habit kalau buat banyak kali, tak ubah-ubah juga, rendam kepala lama-lama dalam air. Jangan bangun-bangun.

Wednesday 27 February 2013

Bertukar!!

Baru nak tidur. Harap esok, bangun dapat terus tukar size ni. At least size XL :-)



Friday 22 February 2013

Tora Datang Lagi!!

Honestly, ini FIRST TIME dalam hidup dapat beli benda ni.Masa kecik selalu dengar iklan. Pastu bila dah besar susah sikit nak cari. Ni baru dapat daripada kedai runcit biasa. Ada JOJO juga tapi mahal sikit, RM 2.50. Yang TORA ni murah sikit, RM 1.20.

Dalam dia ada 3 biji gula-gula, mainan dan instruction mainan. Wah bestnya dapat wisel bentuk bola. Tu husband yang cantum-cantum. Agak mencabar sebab takde skru ke apa ke.

Aku ingatkan coklat dalam dia.Tapi gula-gula. Suami aku cakap buat apa nak coklat, dia makan dulu coklat dah masuk angin. Hum hum.

Lepas ni nak beli Ding Dang, JOJO, Nini Coklat Celup dengan yang ada gambar harimau. Celup-celup juga. Yahhhhhoooooo!!!


Wednesday 13 February 2013

Ungkit

Pengsan. Tidur sampai ke petang. Makan. Tidur balik. Minum. Bangun. Sakit sambil rehat. Suami aku tak kasi buat kerja. Aku tengok kain baju nak dibasuh banyak. Lemah hati aku.

Kerja mencari duit banyak yang terbengkalai. Bila aku sakit aku selalu ungkit-ungkit dan membeza-beza. Aku lah orang yang tak reti bersyukur. Membezakan dan membayangkan sekiranya aku menjadi seperti dia, apa-apa pun boleh buat. Semuanya senang bagi dia. Sedang aku untuk mendapat waktu yang sihat dan sempurna dalam sehari, seminggu pun susah. Ungkitlah, bedakan dirimu dengan orang lain. Kau memang tak reti bersyukur.

Tapi bila senang, dapat makan fast-food tak pula aku membeda-beda. Tak pula aku ungkit-ungkit. Suami aku bagitau secara lembut dan berhemah ;

" Abang tak nak kita bergaduh bila time kita tak ada duit. Tak nak gaduh bila kita susah. Tak nak gaduh bila kita ada kekurangan'.

Aku paham maksud dia. Senyum bila ada benda nak makan tapi bila tak ada merampus. Pemurah bila ada duit, bila tak ada duit kedekut.

Dah tiba masanya aku membantu dikala aku kekurangan. Menguatkan diri di kala aku lemah. Berbuat bukan mengungkit, membeda itu dan ini. Berbuat. Ya!

Semoga Allah tak membenci.



Nak KFC boleh tak? Tunggu kupon free kot :-)


Monday 11 February 2013

Scrub St.Ivas

Lately aku tengok muka aku banyak betul tumbuh jerawat dan tinggalkan parut ntah bila nak hilang. Pelik sebab aku tak picit pun jerawat tu, tapi sampai sekarang pun tak hilang dan makin bertambah. Warnanya jadi gelap-gelap, tapi tak best betul la tengok benda-benda ni melekat kat muka aku. Kawan aku kata sebab pemakanan. Macam kicap.

Ada peluang pergi Jusco haritu, singgah Watsons. Aku teliti satu-satu brand dengan fungsi yang ada kene mengena dengan parut jerawat.

Tetiba aku terpandang scrub muka ni. Dulu time UiTM, aku pakai ni lah. Best gila, lepas pakai licin je muka. Sebab aku berhenti pakai, bila tengok jenis ni dah makin naik harga. Dulu rasa tak mahal sampai RM 20++++

Jadi kat watson ada sales/less time tu and yang ni tinggal satu je.Harga RM 17.00. Terus amik! Yang aku pernah baca, skrub ni boleh ganti sel kulit baru, buang sel-sel kulit yang mati. So harap dia boleh ganti lapisan baru supaya parut tu blah.

Harap semua menjadi, harap muka aku boleh rata lepas ni.

Sunday 10 February 2013

Salad

Selalu bila kat kedai makan nampak salad mesti nak amik banyak-banyak cicah dengan sambal belacan.Yum yum. Amik banyak-banyak sebab terpikir kat umah tak ada salad.

Pastu gi kedai yang ada jual ikan sayur semua, nampak salad.Terpikir napa aku tak beli je salad. Takkan kat kedai makan baru rasa macam dapat makan salad ni.

So, ni lauk 3-4 hari lepas. Ada salad,ada ayam masak sweet & sour. Sangat mudah, sangat sihat, makan pun berbunyi sebab salad ni rangup! Syukur Alhmadulillah.