Showing posts with label happy. Show all posts
Showing posts with label happy. Show all posts

Tuesday, 18 February 2014

Jam Branded Pertama

Alhamdulillah, aku berjaya beli jam yang aku gelarkan jam orang dewasa. Before this aku selalu pakai jam RM 10, RM 20 beli kat pasar malam atau online. Yang selalunya tali tercabut, punat patah tak smpi sebulan aku pakai.

So aku beli jam ni. Casio original dengan harapan tak cepat rosak macam jam dulu-dulu. 

Mula-mula ada nampak iklan kat FB pasal Lazada buat sale Casio untuk wanita. So, ingat nak beli kat situ sebab dah ada akaun. Tapi bila sampai kat part pembayaran tu, bila click kat semua pilihan, akan keluar statement yang 'tiada service ini dalam kawasan anda'. Amboi, transfer online pun tak boleh?

So, husband aku cari kat lelong.my. Pastu bagi link kat aku. Aku pun apa lagi, harga lebih kurang pastu free shipping. Campur tolak beli kat lelong.my murah RM 2.

Beli kat lelong.my kenalah bukak akaun tapi tak leceh. Cek seller dia melalui rating yang customer bagi. Tengok 100% trust, ada banyak bintang. So baru proceed.

Harga jam Casio ni ratus-ratus aku tengok kat kedai. Tapi beli kat sini RM 63 free shipping, 1 tahun guarantee! 

Syukur!

Wednesday, 18 December 2013

Raikan

Suami aku selalu kata 'Jom, kita raikan'...dan selalunya kami akan raikan dengan fast food. OMG. 

Benda yang nak diraikan tu untuk small matter je. Contoh, sebelum start kereta yang lately asyik susah nak start. Bila boleh start, dia akan kata 'Jom kita raikan'...bla bla blergh.

Benda kecik macam ni gembira untuk diraikan sebab sebelum start kereta tu dah macam-macam pikir apa nak buat kalau tak boleh nak start kereta tu. Dah macam-macam debaran ada. Masa start tu pun tutup mata. Nampak sangat tinggi harapan.

Alhamdulillah!

                     

Seriously, aku seronok betul dia cakap macam tu. Aku harap nanti kalau dia jadi bos, dia akan raikan kejayaan staff dia even staff dia buat sale cukup-cukup untuk bayar sewa office :-)

Sunday, 10 November 2013

Bertepuk Sebelah Tangan

Lately banyak sangat tengok cerita Korea. Aku suka kaji karakter pelakon. Pastu aku suka letakkan aku kat karakter yang mana. Kadang-kadang aku aware, ada certain cerita Korea ni over. Kalau yang kaya tu tak ingat betul kayanya. Toilet pun tak mau kalah. Kalau yang tak berduit plak, pun over jugak. Sampai 3-4 jenis kerja part-time. Tak menahan.

Tapi tak tau, tak menahan pun itu jugaklah yang aku suka. Sampai tak cukup tidur nak tengok ending, mata panda tak ingat. Tak cukup tidur sakit balik.


Kesian aku pada watak-watak looser. Suka kat mamat ni tapi buat macam mana pun mamat hero ni suka heroin. Dah nak buat macam mana, produser suruh.

Bangun pagi nak impress hero ni. Tapi nak buat macam mana, heroin duk senyap-senyap,cute-cute sikit dah tak payah impress. Itulah yang hero suka mengekor. Kesian cinta tak berbalas, apatah lagi bukan tak dicintai malah tak disukai. Kalau kat mata aku sebagai penonton ni ada je yang tak kene pada karakter ni, cerita nak highlight betul sampai biar semua penonton ni tau yang bukan watak heroin ni jahat sebab tu hero ni tak suka. Semua watak dalam cerita itu dan ini, tak suka kat si looser ni. Kesian betul. Macam pernah bunuh orang je. Macam pernah gostan kereta lenyek kucing kat belakang. Macam pernah tinggalkan adik lelaki umur 6 tahun kunci dalam toilet pastu bakar 1 rumah. Macam pernah bagi makan racun kat orang je sambil nyanyi K-Pop.

Macam jahat gila.

Ni orang kata bukan aku. Kalaulah tak suka buat lah apa pun, baiklah macam mana pun. Orang tetap tak suka. Kalau suka pun bukan priority. Kalau dalam priority pun bukan yang mustahak. Kalau yang mustahak pun bukan yang selalu diingat.

Amik hati? Jadi cantik, tak ada kedut. Bagi hadiah birthday. Tunggu hero sampai 3-4 pagi bawah salji sampai demam panas tak datang-datang. Buatlah segalanya pun, kadang-kadang kalau usaha sangat nampak macam terdesak. Still nampak macam looser.

Tau tak apa rasanya jadi orang yang cinta dan sayangnya tak berbalas? Rasa macam 'eh tak apa boleh lagi ni' ataupun 'sikit lagi ni', 'takpe sabar', '......silver lining (hum..hum tak ingat). Kita buat banyak benda tapi hasilnya tak banyak. Mungkin tak menjadi, sampai kecewa tak ingat. Terfikir-fikir kat mana yang silap.

Aku harap aku akan jumpa satu watak looser ni ; yang apa sahaja dia buat, dia buat bukan untuk orang suka kat dia tapi untuk diri dia sendiri.

Saturday, 11 May 2013

Jarang-Jarang

Jarang masak. Tak cukup bahan tapi bolehlah.Persiapan bahan plus masak amik masa 15 minit! Sedap, senang, simple!

Yummy!