Tuesday 31 January 2012

Gaji ke 2 & Camping

Alhamdulillah, aku dah dapat gaji tuisyen bulan Januari 2012. RM 195. Sebab student masih tak ramai mendaftar, tolak Public Holiday itulah jumlah keseluruhan yang aku dapat. Setakat ini aku betul-betul gembira dapat jadi cikgu tuisyen.

Aku ada student yang memang tidur awal setiap malam, jadi dalam kelas dia akan mengantuk dalam pukul 10 pm macam tu. Jadi aku mintak dia buat senaman sikit tapi tak menjadi pulak. Lepas tu aku mintak dia bangun tulis jawapan Matematik kat depan. Dia suka pulak :-)

"Cikgu, tak mengantuklah saya buat macam ni", sambil tersengih-sengih.





Aku pergi camping dengan kawan-kawan aku kat Melaka. Ada laut, ada bakar ayam, ada suasana kampung, ada angin, ada baby dan kanak-kanak. Semua yang aku suka ada :-) Aku seronok betul. Alhamdulillah.

8 comments:

  1. camping? bestnye.. teringin nak camping kat tepi pantai. xpenah lagi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best..sangat best, bangun pagi dengar ombak. Alamak, terindu balik :-)

      Delete
  2. seronok kan camping ramai2..hilang segala masalah

    ReplyDelete
  3. Bestnya dah dpt gaji kedua...jangan putus asa! Chayo chayo!

    ReplyDelete