Husband aku kata kemungkinan besar aku kurang vitamin dan nutrien.Sebab tu badan selalu weak.Bila buat daily routine, sapu sampah,kemas rumah,kemas laman luar,buang sampah,mop lantai,cuci toilet..tak sampai pukul 2 petang lagi aku dah melingkup. Hum hum..asyik pitam. Pengsan juga.
So,aku cari info pasal vitamin. Yang aku tau Blackmores la brand orang selalu makan. Cari kat internet, matchkan dengan masalah aku then decide! Ada 2 yg sesuai - Vita B and Vita B+C. Both vitamin ni memang nak bagi vitamin kat dalam badan aku yang selalu weak after buat banyak kerja. Badan yang selalu weak macam aku memang sesuai.
Tapi bila pergi Tesco, hanya ada yang Vita B+C sahaja. Aku target Vita B je. Harga RM 26.40. Baru try 2 hari. 1 biji sehari. Harap-harap bagus dan sesuailah vitamin ni :-)
Alhamdulillah.
Showing posts with label Harga. Show all posts
Showing posts with label Harga. Show all posts
Wednesday, 4 July 2012
Thursday, 3 May 2012
Online Shopping - Pengalaman Pertama
Aku tak pernah beli barang secara online even hati membuak-buak nak try. Tengok tudung rasa nak try beli, tengok baju rasa macam nak beli tapi takut dapat kat tangan tak muat pulak. Itu problemnya kalau beli just tengok dari internet. Warna, saiz dan kualiti diragui kecuali penjual tu ada letak testimonial.
Disebabkan beg aku koyak teruk, aku tanya husband boleh tak nak ganti bag. Alhamdulillah, ada rezeki, aku try beli online pasal yang kat kedai-kedai jual beg kat luar sana tak ada yang berkenan di hati. So, aku letak budget aku dalam RM 30-RM 40. Aku dah lama bookmark banyak online website/blog handbag sejak 2 tahun yang lalu tapi tak pernah try beli. Satu sebab budget, nak berjimat. 1 lagi sebab tak yakin. Hum..hum..
Alhamdulillah, setelah 2 minggu buat survey outside and kat online shopping blog, aku telah berjaya beli bag ni. Tapi harga dia melebihi budget aku sebab plus dengan kos courier. Harganya RM 45.
| ABX Ekspress - Ambil masa 5 hari jugalah baru sampai |
Sebab-sebab aku pilih bag ni :
1. Sebab warna merah!
| Saiz besar, boleh isi banyak barang |
2. Sebab banyak poket. (Kat belah tepi kanan & kiri pun ada poket).
| Boleh letak botol air kecik |
Yang paling best:
-
-
-
-
-
3) Bag ini multifunction!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tadaaaaa!
| Boleh dilipat menjadi kecik |
Boleh sesuaikan dengan kehendak. Kalau nak isi banyak barang banyak boleh try macam yang atas sekali dan dipakai macam bag tangan. Kalau nak pakai silang, try kecikkan / lipat supaya nampak lebih kecik. Dia bagi sekali tali panjang.
Sangat puas hati cuma bila pakai style atas sekali tu aku rasa macam singkat je bag tu. Macam atas pinggang. Hum..hum..
Alhamdulillah.
Monday, 30 April 2012
Perancangan Diet - Ayam Kukus
Husband aku ada cerita pasal 1 website ni. Website yang membolehkan kita kawal kadar pemakanan kita. Apa yang kita makan, kita boleh key in dalam akaun kita and yang bestnya kita boleh set berapa kalori yang kita boleh makan setiap hari mengikut berat badan dan ketinggian (BMI). Websitenya ialah :
Aku memang dah lama nak diet and makan benda-benda yang elok tapi kadang-kadang bila nak beli barang yang berkhasiat tu, harganya lagi mahal daripada benda-benda yang tak elok. Kalau mee maggee tu paling mahal pun RM5 kot..hum..hum..tapi website ni ada juga guide untuk diet dalam keadaan tak mampu nak beli makanan sihat yang agak mahal.
Yang penting:
1) Setkan kadar penurunan berat badan yang diidamkan untuk seminggu; contoh seminggu nak turunkan 1kg.
2) Calculate keperluan kalori sehari (dan monitor pemakanan kita agar tak makan lebih dari kalori yang dibenarkan / dalam aim kita).
3) Melalui kadar kalori yang diperlukan, kita bolehlah nak target makan apa pagi, lunch and dinner.
4) Kalau ada buat workout or exercise, masukkan sekali. Nak tengok berapa banyak kalori burn.
So, untuk first step - TADAAAAAAAAA!!!!
Ayam kukus. Perah limau sikit. Dasyat!
Sunday, 15 April 2012
Favourite Coffee - Indocafe
Aku dan husband aku sangat sangat sangat suka kopi ni. Memang sedap seolah-olah ada gula melaka dalam kopi ni. Dah try kopi lain tapi Indocafe tetap dihati. Sekarang ada jual yang letak dalam tapperware. Kira macam free la. Kalau beli kat Speedmart harga RM 7.95. Ada 30 sachet. Sekarang dah ada 2 tapperware Indocafe. Suka betul aku!
![]() |
| Kopi 3 In 1 Indocafe |
Harapan : Sila kekalkan harga kopi ini :-)
Saturday, 7 April 2012
Rosak
Aku tak suka entry tanpa gambar. Hanphone dah rosak. Jadi tergendala kejap entry aku. Hum.Hum. Alhamdulillah dapat ganti baru yang murah dan latest model. Nokia 100. Dulu guna handphone ada camera. Sekarang MMS pun tak boleh dah. Tak apa, asal boleh telefon, Alhamdulillah.
![]() |
| Nokia 100 |
Aku rindu guna Nokia pasal lambat rosak berbanding phone lain. Nokia 100 ni model yang memudahkan orang menekan button dia yang ada gap satu sama lain. Ada warna pink & hitam. Ada radio dan colour screen. Sangat ringan dan boleh separate phonebook ikut group of people. Overall, aku suka handphone ni.
:-) Alhamdulillah.
Saturday, 31 March 2012
Hello Kitty
Aku pernah ada impian idamkan rumah aku yang penuh dengan barang-barang Hello Kitty. Dapur & toilet pun nak ada yang berbentuk Hello Kitty. Baru-baru ni ada rezeki, aku beli mouse Hello Kitty. Barang-barang dia mahal dan susah nak cari yang bukan original. Aku pergi Low Yatt beli, tu pun tinggal satu dan original. Tengok online harga RM 68 tapi maybe sebab dah buruk sikit, diorang jual RM 25.
Ergonomic design, sesuai untuk keselesaan tangan orang yang selalu depan PC. Aku tak start pun guna lagi pasal rupa-rupanya kat dalam tak ada bateri. Nak beli asyik lupa je :-)
Alhamdulillah.
Wednesday, 11 January 2012
Sekali Sebulan & Garnier
Ia datang lagi. Selalunya aku boleh agak. Tapi kali ni datang mengejut. Silap aku tak monitor betul-betul, sakit senggugut ni. Dah besar panjang pun senggugut lagi. Hum hum. So aku kena prepare diri aku cukup zat dan kurangkan letih. Biasanya akan pengsan dan pitam sebab aku ada masalah darah.
![]() |
| Garnier vs Shurah Waktu aku sekolah menengah lagi, aku ada pakai 1 pencuci muka Sabun Susu Kambing Nanny. Start lepas aku kahwin, sabun tu dah takda, diorang tengah rebranding. Sabun tu murah, RM 3 je sekotak. Aku frust sebab sabun tu je yang sesuai dengan aku dan boleh jimat banyak. Lepas tu aku try sabun susu kambing lain, gatal-gatal muka. Termasuklah Shurah ni. Husband aku pakai ok pula. Oh, kitorang share berus gigi juga sebab jimat kos. Hum hum. Then, aku tengok keliling, orang selalu puji Garnier. Aku masuk contest, menang dapatlah complete set termasuk toner. So far aku puas hati. Alhamdulillah. Tapi toner tu aku tak pakai lagi, sebab tak reti. Aku pakai No 1 & 2 dulu. Shurah biar husband pakai. Alhamdulillah. Pencapaian terbaik : Blog aku dah ada readers. Terima kasih banyak-banyak kepada semua kata-kata perangsang! Aku semakin kuat, doakan yang terbaik! Credit to Arianna. Sebab dia ada sebarkan cerita blog dan link aku pada reader dia. Thanks a lot! |
Tuesday, 10 January 2012
BR1M & Mug Baru
Sepatutnya, next month akan dapat duit BR1M. Aku dah hantar borang last week di LHDN Damansara, Selangor. Sebenarnya ternganga juga aku tengok bangunan LHDN tu. Konsep macam bangunan dalam taman. Aku suka weh.
| LHDN Damansara |
Masa aku masuk, kena naik tingkat 3. Aku dah cuak. Masuk lif, nak tekan button 3 tak ada. Ada 2 orang laki pun nak pergi naik tingkat 3, diorang pun confuse. Dah la lif tu turun bawah ke tempat parking. 3 orang cuak lagi bagus daripada aku sorang yang cuak :-) So, terpaksa naik balik. Tanya guard, rupanya ada lif lain yang naik atas. Semoga kesesatan ini dibalas dengan kebaikan iaitu duit BR1M. Hum. Hum.
Aku beli mug baru sebab dulu punya dah pecah. Beli kat kedai RM2 tapi harga RM 2.99.
| Banyak kenangan mug ni |
| Mug baru - Bina kenangan baru Alhamdulillah. Pencapaian hari ini : Bangun terus pergi telur, timun, cili api & kentang. Terus masak lunch. |
Monday, 9 January 2012
Roti Planta & Nervous
Dapat banyak roti free semalam. Alhamdulillah. Roti datang dari Pulau Pinang, harga masih RM 0.50. Susah dah nak dapat kat KL. Rasa pun tak sama macam roti krim Gardenia. Inilah roti kampung :-)
Nervousnya, malam ni start mengajar kat tuisyen. All the best!
![]() |
| Roti Planta |
![]() |
| Roti Kelapa |
Alhamdulillah.
Subscribe to:
Posts (Atom)






