Thursday, 3 May 2012

Online Shopping - Pengalaman Pertama

Aku tak pernah beli barang secara online even hati membuak-buak nak try. Tengok tudung rasa nak try beli, tengok baju rasa macam nak beli tapi takut dapat kat tangan tak muat pulak. Itu problemnya kalau beli just tengok dari internet. Warna, saiz dan kualiti diragui kecuali penjual tu ada letak testimonial.

Disebabkan beg aku koyak teruk, aku tanya husband boleh tak nak ganti bag. Alhamdulillah, ada rezeki, aku try beli online pasal yang kat kedai-kedai jual beg kat luar sana tak ada yang berkenan di hati. So, aku letak budget aku dalam RM 30-RM 40. Aku dah lama bookmark banyak online website/blog handbag sejak 2 tahun yang lalu tapi tak pernah try beli. Satu sebab budget, nak berjimat. 1 lagi sebab tak yakin. Hum..hum..

Alhamdulillah, setelah 2 minggu buat survey outside and kat online shopping blog, aku telah berjaya beli bag ni. Tapi harga dia melebihi budget aku sebab plus dengan kos courier. Harganya RM 45.

ABX Ekspress - Ambil masa 5 hari jugalah baru sampai

Sebab-sebab aku pilih bag ni :

1. Sebab warna merah!

Saiz besar, boleh isi banyak barang
2. Sebab banyak poket. (Kat belah tepi kanan & kiri pun ada poket).



Boleh letak botol air kecik
Yang paling best:
-
-
-
-
-

3) Bag ini multifunction!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tadaaaaa!

Boleh dilipat menjadi kecik 
Boleh sesuaikan dengan kehendak. Kalau nak isi banyak barang banyak boleh try macam yang atas sekali dan dipakai macam bag tangan. Kalau nak pakai silang, try kecikkan / lipat supaya nampak lebih kecik. Dia bagi sekali tali panjang.

Sangat puas hati cuma bila pakai style atas sekali tu aku rasa macam singkat je bag tu. Macam atas pinggang. Hum..hum..

Alhamdulillah.

5 comments:

  1. bagi link. nak tengok2. kot2 terkenan ;)

    ReplyDelete
  2. online shopping is good~ XD

    ReplyDelete
  3. Gothca!.....beg kite sama la...hihihih....suka..suka...rasanya i tau ni kat maner u beli...hihihi

    ReplyDelete