Showing posts with label Free. Show all posts
Showing posts with label Free. Show all posts

Wednesday, 13 June 2012

Mekap - Saya Budak Baru Belajar

"Asal kau tak mekap ek? Tak biasa ek"

"Ntah..pakai tudung pun dah berpeluh-peluh..ni nak mekap. Makan nak dekat 1 jam kot nak bersiap-siap keluar"

"Kau tak mekap?"

"Malas"

"Budget natural beauty ke? Hahaha..

"Lawaknya!"

"Tak nak try mekap? Mesti lawa kau mekap"

Aku sendiri pun tak tau kenapa aku tak suka/mahu/terasa nak mekap. Sampailah ada orang tanya :

''Eh, kau nak barang mekap..aku tak pakai..dah ada dah. Ni pakai sikit je.."

"Free? Kau bagi? Banyaknya ni...Alhamdulillah...thanks!"

Jadi aku tau yang kalau orang bagi aku barang mekap free baru aku nak try mekap.Hum..hum..

Tadaaaaaaaaa!!!!
Pelajaran untuk saya dari si pemberi :

Foundation 
Foundation ni macam alas sebelum kita tepek benda-benda lain kat muka. Sebelum pakai foundation ni, kena cuci muka, pakai toner dan pelembab muka. Kalau aku, aku pakai je la yang krim pemutih Garnier tu.

Picit je keluarlah ia..
Ini pewarna dan pelentik bulu mata - SilkyGirl Lash Curler
Sebelum pakai ni, ada satu alat tu yang boleh letikkan dulu bulu mata (eye-lash curler) then baru pakai ni. Aku ada kot dulu, tapi tak pakai yang pewarna ni.

Isi dalam botol tadi
Konsep dia macam celup dan makan..tapi ni tak boleh makan. Bentuk hujung tu untuk calit kat mata kasi melentik, pekat berwarna.Buat perlahan-lahan je pasal dah banyak kali aku training sampai sakit mata pasal termasuk mata. Pedih..hum..hum..

Brow Liner - Buat garisan pada kening.
Ni kira untuk orang yang kening dia ada sikit je bulu atau nipis seperti macam tak ada, benda ni sesuai untuk lukis kening. Ha..susah juga nak explain ye :-) Pakai yang berus dia dulu untuk kemaskan kening dan kemudian lukis guna yang bawah ni. Aku masa training buat jadi tapi macam Sinchan pulak.



Eye Shadow MAC
Ni macam water colour. Ada banyak warna tapi untuk mata. Kira nak bagi ruang antara kening dengan mata ada warna la. Aku ada tengok tutorial kat Youtube. Macam-macam jenis fesyen orang buat. Ada yang campur-campur colour..tapi diorang buat cantik. Aku ada try, tanya husband cantik tak?

"Tak ada apa beza pun.Macam biasa je"

Ok. Kira aku fail la.

Macam-macam ada! Ada cermin jugak :-)
Macam coklat!
Eye Liner 
Eye liner paling susah nak pakai bagi aku. Aku tengok orang buat laju je. Aku try lukis, jadi macam tebal sangat. Kena belajar and training lagi. Ini kiranya guna untuk buat line dekat atas mata. Amat-amat tricky :-)

Nak cuci pakai remover ni. Dia free sekali kalau pakai Silkygirl.
Penutup dia terbalikkan, letak atas lubang tu dia akan jadi macam ni.
Celup dan mula melukis!

Alhamdulillah. Setakat ni ada lah training sikit-sikit. Tapi bila cuci mata pakai remover tu sakit mata la. Ke aku salah pakai? Hum..hum. Kalau nak pergi function, bolehla kot. Gi kenduri kahwin ke. Lipstik dia tak ada bagi, so pakai je la lip gloss menang contest tu :-)

Wednesday, 29 February 2012

Hari Marah Sedunia

Semalam hari marah aku. Tak tau kenapa asyik nak marah orang. Aku ada voucher yang masih tak dapat, dah nak dekat 2 bulan. Janji 1 bulan paling lama. Aku pun email diorang nak minta kepastian. Diorang suruh tengok balik alamat yang aku bagi. Betul dah. Aku reply email and diorang reply balik aku punya voucher tu dah dikembalikan balik sebab posmen kata tak ada orang ambil kat rumah.

Then diorang reply, kena pastikan ada orang kat rumah untuk ambil surat pos laju tu. Kalau tak diorang tak bertangungjawab nak hantar balik. Teruk. So, kepada orang-orang yang bekerja, sila ambil cuti ye untuk tunggu surat or parcel Pos Laju. Atau pun berhenti kerja untuk pastikan ada hari-hari dekat dalam rumah untuk tunggu Pos Laju datang. Nice excuses, try harder please.

Pos Laju akan tinggalkan Sorry Notice kalau aku tak ada kat umah. Then aku akan ambil sendiri kat Pos Laju. Tak ada problem wujud sebelum ni. Company dia sorang pulak nak buat hal.


TARIK NAFAS.
HEMBUS.

Alhamdulillah dah dapat gaji yang ke-3. Lebih banyak dari bulan lepas. Hum..hum.

Curi baca @ Popular
Jalan-jalan kat Sunway Pyramid sorang-sorang and dapat beli : 

Berus Gigi & Kapas


Syukur, Alhamdulillah.