Wednesday 13 June 2012

Mekap - Saya Budak Baru Belajar

"Asal kau tak mekap ek? Tak biasa ek"

"Ntah..pakai tudung pun dah berpeluh-peluh..ni nak mekap. Makan nak dekat 1 jam kot nak bersiap-siap keluar"

"Kau tak mekap?"

"Malas"

"Budget natural beauty ke? Hahaha..

"Lawaknya!"

"Tak nak try mekap? Mesti lawa kau mekap"

Aku sendiri pun tak tau kenapa aku tak suka/mahu/terasa nak mekap. Sampailah ada orang tanya :

''Eh, kau nak barang mekap..aku tak pakai..dah ada dah. Ni pakai sikit je.."

"Free? Kau bagi? Banyaknya ni...Alhamdulillah...thanks!"

Jadi aku tau yang kalau orang bagi aku barang mekap free baru aku nak try mekap.Hum..hum..

Tadaaaaaaaaa!!!!
Pelajaran untuk saya dari si pemberi :

Foundation 
Foundation ni macam alas sebelum kita tepek benda-benda lain kat muka. Sebelum pakai foundation ni, kena cuci muka, pakai toner dan pelembab muka. Kalau aku, aku pakai je la yang krim pemutih Garnier tu.

Picit je keluarlah ia..
Ini pewarna dan pelentik bulu mata - SilkyGirl Lash Curler
Sebelum pakai ni, ada satu alat tu yang boleh letikkan dulu bulu mata (eye-lash curler) then baru pakai ni. Aku ada kot dulu, tapi tak pakai yang pewarna ni.

Isi dalam botol tadi
Konsep dia macam celup dan makan..tapi ni tak boleh makan. Bentuk hujung tu untuk calit kat mata kasi melentik, pekat berwarna.Buat perlahan-lahan je pasal dah banyak kali aku training sampai sakit mata pasal termasuk mata. Pedih..hum..hum..

Brow Liner - Buat garisan pada kening.
Ni kira untuk orang yang kening dia ada sikit je bulu atau nipis seperti macam tak ada, benda ni sesuai untuk lukis kening. Ha..susah juga nak explain ye :-) Pakai yang berus dia dulu untuk kemaskan kening dan kemudian lukis guna yang bawah ni. Aku masa training buat jadi tapi macam Sinchan pulak.



Eye Shadow MAC
Ni macam water colour. Ada banyak warna tapi untuk mata. Kira nak bagi ruang antara kening dengan mata ada warna la. Aku ada tengok tutorial kat Youtube. Macam-macam jenis fesyen orang buat. Ada yang campur-campur colour..tapi diorang buat cantik. Aku ada try, tanya husband cantik tak?

"Tak ada apa beza pun.Macam biasa je"

Ok. Kira aku fail la.

Macam-macam ada! Ada cermin jugak :-)
Macam coklat!
Eye Liner 
Eye liner paling susah nak pakai bagi aku. Aku tengok orang buat laju je. Aku try lukis, jadi macam tebal sangat. Kena belajar and training lagi. Ini kiranya guna untuk buat line dekat atas mata. Amat-amat tricky :-)

Nak cuci pakai remover ni. Dia free sekali kalau pakai Silkygirl.
Penutup dia terbalikkan, letak atas lubang tu dia akan jadi macam ni.
Celup dan mula melukis!

Alhamdulillah. Setakat ni ada lah training sikit-sikit. Tapi bila cuci mata pakai remover tu sakit mata la. Ke aku salah pakai? Hum..hum. Kalau nak pergi function, bolehla kot. Gi kenduri kahwin ke. Lipstik dia tak ada bagi, so pakai je la lip gloss menang contest tu :-)

3 comments:

  1. Wow.. bestnye.. mmg seronok cakap pasal make up nih. Kite dah lama tak make up kan orang.. Bila awak cakap pasal nih terus rasa gian. tapi tak kenan pulak nak make up diri sendiri. Tengok je kat youtube.. belajar dari situ.

    ReplyDelete
  2. makin cantik lah lepas ni..hehe

    ReplyDelete
  3. Awk, kalu nk guna pensil utk kening jgn guna wrna hitam tau nt nmpk garang, cari kaler brown atau dark brown hehehe

    ReplyDelete