Wednesday, 12 September 2012

Jajan

Aku ada baca dalam majalah kot. Kalau tetiba nak makan jajan, means orang tu tengah dalam keadaan pressure / tension / stress. Aku rasa betul kot. Tapi maybe apply kat aku je. Pasal apa, aku tak selalunya nak kat jajan.

Tapi realitinya, memang aku tengah stress. Dalam kesempitan, macam-macam lagi cubaan yang menambahkan kesempitan. Kata apek Cina yang datang rumah nak betulkan mesin basuh (salah satu ujian mesin basuh dah hangus) aku takde luck. Tu sebab bila aku cakap kat dia kipas pun rosak :-) Dia kata dia patut kencing kat umah aku kasi luck.

Betul-betul dia kencing kat toilet umah aku. Nice one. Tq apek.

Sampai sekarang aku malas nak cakap dan fikir pasal luck. Sebab orang-orang terdekat dengan aku pun daripada aku kecik cakap aku ni bagi malang kat orang.

Bagi aku, baik aku fokus meng'LUCK' kan diri aku daripada tanya kenapa aku tak ada luck.

Alhamdulillah. Allah ada.

p/s : Tq pada reader yg sentiasa setia baca blog saya. Thanks kepada Ika juga :-)

7 comments:

  1. same goes to my mom. Selalu je nk mengunyah bila ada benda atau prob yg dia fikir. boleh teka. hehe...

    life is not always about luck kawan. non-muslim je yg percaya luck ni. untuk kita, lets take it as dugaan, ujian yg besar nikmatnya pada masa akan datang. remember, dugaan adlh utk hambaNYA yg DIA sayang. so keep smile and head up okeh. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Nadhira..sangat tepat di situ. Sebab tu bila ada perkara macam ni sy akan kembalikan apa yang saya fikir kepada Allah. Dan dari situlah datang semangat saya :-) Tq Nadhira!

      Delete
  2. makanan yang tidak sihat tak sesuai untuk orang yang sakit. strong mind strong body

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq nightmare! I take this as a gentle reminder :-)

      Delete
  3. Tiada istilah pembawak malang dalam islam. Masyarakat kita je yg suka2 reka sendiri. Same goes to mandul, dulu dipanggil madul sbb tiada teknologi. Skrg ni yg mandul pun blh dpt anak guna teknologi yg pelbagai. Awak jgn pikir la psl luck ke apa ke, anggap itu ujian Allah. Maknanya Allah sayang kan awk lebih. DIA xkan bagi ujian kalu dia tau hambanya xleh nak lalui. Sabar dan mengadu lah kpd Allah.

    ReplyDelete