Wednesday 13 February 2013

Ungkit

Pengsan. Tidur sampai ke petang. Makan. Tidur balik. Minum. Bangun. Sakit sambil rehat. Suami aku tak kasi buat kerja. Aku tengok kain baju nak dibasuh banyak. Lemah hati aku.

Kerja mencari duit banyak yang terbengkalai. Bila aku sakit aku selalu ungkit-ungkit dan membeza-beza. Aku lah orang yang tak reti bersyukur. Membezakan dan membayangkan sekiranya aku menjadi seperti dia, apa-apa pun boleh buat. Semuanya senang bagi dia. Sedang aku untuk mendapat waktu yang sihat dan sempurna dalam sehari, seminggu pun susah. Ungkitlah, bedakan dirimu dengan orang lain. Kau memang tak reti bersyukur.

Tapi bila senang, dapat makan fast-food tak pula aku membeda-beda. Tak pula aku ungkit-ungkit. Suami aku bagitau secara lembut dan berhemah ;

" Abang tak nak kita bergaduh bila time kita tak ada duit. Tak nak gaduh bila kita susah. Tak nak gaduh bila kita ada kekurangan'.

Aku paham maksud dia. Senyum bila ada benda nak makan tapi bila tak ada merampus. Pemurah bila ada duit, bila tak ada duit kedekut.

Dah tiba masanya aku membantu dikala aku kekurangan. Menguatkan diri di kala aku lemah. Berbuat bukan mengungkit, membeda itu dan ini. Berbuat. Ya!

Semoga Allah tak membenci.



Nak KFC boleh tak? Tunggu kupon free kot :-)


1 comment: