Sunday, 10 June 2012

Bola - EURO 2012

Aku tak tidur lagi. Tengok bola Denmark & German menang! Sekarang lapar pulak. Nak tunggu Subuh. Dah sah-sah lepas subuh aku tidur. Kenapa kalau tidur lambat boleh pulak lapar? Masa tidur tak ada pula nak lapar. Mimpi je.

Apa plan hari ni? Nak buat jadual rutin harian rumah. Nak buat jadual perbelanjaan. Nak buat jadual menu masakan. Semua nak buat, harap-harap jadi. 

Aku lapar. Tahan. Tetiba nak sushi. Hum..hum..




Friday, 8 June 2012

Online Shopping #2

Haritu lepas dah online shopping beg, aku tergoda pulak tengok FB ni. Actually aku memang nak beli bag organiser but the budget rendah je. Yang ada kat pasaran aku rasa paling rendah pun RM 30++.

Bag yang aku pakai sekarang ni, tak ada poket atau tempat kecil simpan barang. Jadi bila kalut nak cari barang, memangla susah nak jumpa pasal aku main campak je barang kat dalam termasuk handphone. Bayangkan kalau hp bunyi..memang kadang-kadang terlepas. So, aku decide nak beli bag organiser dan terjumpa yang murah! Tak sangka! RM 6.90 sahaja!

TAPI.......

Kalau tengok kat gambar sini, besar. Sampai je kat umah aku, kecik la pulak. Hum..hum..inilah bahana online shopping. Tapi murah kan, so tak mau la banyak songeh. Lagipun boleh letak banyak barang!

Min purchase RM 10, so terpaksalah beli barang lagi 1


Aku suka Merah!

Dalam 

Ada butang katup - elak barang tercicir




RM 6.90 - Berbaloi!

Bag Organiser : RM 6.90
Ikat Rambut : RM 4.00
Pos Daftar : RM 4.00
Semua sekali : RM14.90

Alhamdulillah.

Thursday, 7 June 2012

Roti

Hari tu cuti lama balik kampung, balik balik tengok roti dah berkulat. Hampir setengah buku pulak tu. Membazir betul. Ingat dia takkan berkulat. So, setiap kali aku beli roti, aku akan letak kat kepala aku, kena makan roti setiap pagi. Jangan nak memandai buat sarapan lain. Roti Gardenia bukan murah! Hum..hum..

Cereal, epal hijau, serunding & ROTI


Telur, hotdog & ROTI

Alhamdulillah!

Sunday, 3 June 2012

Offline

Dah hampir 1 bulan aku offline. Internet yillek. Tambah lagi macam-macam benda besar nak settle. Sekarang still tengah adapt banyak benda. Semoga Allah sentiasa ada. Semoga aku terus berharap pada Dia. Amin.