Sunday 10 November 2013

Bertepuk Sebelah Tangan

Lately banyak sangat tengok cerita Korea. Aku suka kaji karakter pelakon. Pastu aku suka letakkan aku kat karakter yang mana. Kadang-kadang aku aware, ada certain cerita Korea ni over. Kalau yang kaya tu tak ingat betul kayanya. Toilet pun tak mau kalah. Kalau yang tak berduit plak, pun over jugak. Sampai 3-4 jenis kerja part-time. Tak menahan.

Tapi tak tau, tak menahan pun itu jugaklah yang aku suka. Sampai tak cukup tidur nak tengok ending, mata panda tak ingat. Tak cukup tidur sakit balik.


Kesian aku pada watak-watak looser. Suka kat mamat ni tapi buat macam mana pun mamat hero ni suka heroin. Dah nak buat macam mana, produser suruh.

Bangun pagi nak impress hero ni. Tapi nak buat macam mana, heroin duk senyap-senyap,cute-cute sikit dah tak payah impress. Itulah yang hero suka mengekor. Kesian cinta tak berbalas, apatah lagi bukan tak dicintai malah tak disukai. Kalau kat mata aku sebagai penonton ni ada je yang tak kene pada karakter ni, cerita nak highlight betul sampai biar semua penonton ni tau yang bukan watak heroin ni jahat sebab tu hero ni tak suka. Semua watak dalam cerita itu dan ini, tak suka kat si looser ni. Kesian betul. Macam pernah bunuh orang je. Macam pernah gostan kereta lenyek kucing kat belakang. Macam pernah tinggalkan adik lelaki umur 6 tahun kunci dalam toilet pastu bakar 1 rumah. Macam pernah bagi makan racun kat orang je sambil nyanyi K-Pop.

Macam jahat gila.

Ni orang kata bukan aku. Kalaulah tak suka buat lah apa pun, baiklah macam mana pun. Orang tetap tak suka. Kalau suka pun bukan priority. Kalau dalam priority pun bukan yang mustahak. Kalau yang mustahak pun bukan yang selalu diingat.

Amik hati? Jadi cantik, tak ada kedut. Bagi hadiah birthday. Tunggu hero sampai 3-4 pagi bawah salji sampai demam panas tak datang-datang. Buatlah segalanya pun, kadang-kadang kalau usaha sangat nampak macam terdesak. Still nampak macam looser.

Tau tak apa rasanya jadi orang yang cinta dan sayangnya tak berbalas? Rasa macam 'eh tak apa boleh lagi ni' ataupun 'sikit lagi ni', 'takpe sabar', '......silver lining (hum..hum tak ingat). Kita buat banyak benda tapi hasilnya tak banyak. Mungkin tak menjadi, sampai kecewa tak ingat. Terfikir-fikir kat mana yang silap.

Aku harap aku akan jumpa satu watak looser ni ; yang apa sahaja dia buat, dia buat bukan untuk orang suka kat dia tapi untuk diri dia sendiri.

1 comment: