Monday, 6 January 2014

'Deep'

Aku suka share dengan kawan aku cerita apa yang aku suka tengok, cerita apa yang aku tak suka tapi aku pelik kenapa orang suka sangat tengok dan cerita yang aku suka sangat tengok, ulang-ulang banyak kali tak jemu tapi pelik kenapa orang lain tak suka.

Ada certain cerita sedih baru-baru ni aku tengok. Drama tajuk SEKALI SAYANG. Pasal bini dia mati, so dia sedih gila. Anak-anak dia kena jaga. Ada satu part tu dia nangis sambil cium bau baju arwah isteri dia. Aku pelik time tu apasal aku rasa tak sedih pun padahal susah kot nak tengok laki nangis. Oooo.. maybe sebab husband aku ada lagi atau mungkin sebab yang mati tu isteri dia. Kalau watak isteri yang mati husband dia maybe aku deep-deep sangat. KOT. Aku tak seronok tengok cerita tu. Tak sampai kat hati aku even pelakon dah habis power.


So, aku bosan then aku buat kesimpulan yang mungkin aku akan sedih kalau watak sedih tu pernah jadi kat aku. Baru terasa deep-deep. KOT. Sebab tu cerita cinta Melayu sekarang nak kasi laku dia kena target penonton tu yang umur barangkali belum kahwin lagi ATAU kena kahwin paksa. Baru DEEP. Cinta lepas kahwin, adegan romantik, adegan kena reject pastu tersuka. Aku suka juga cerita macam ni tapi tak masuk jiwa. So bila makin banyak cerita macam ni, jadi boring.

Dulu aku selalu bising tengok mak aku asyik sebelahkan akak aku. Semua aku salah, kakak aku je yang betul. Pastu bila aku persoalkan kenapa mak aku pilih kasih, mak aku kata, nanti aku dah jadi mak baru aku tau. So, aku kena jadi mak dulu baru akan paham kenapa mak aku buat macam tu sebab aku tak RASA lagi jadi mak. 

Bila tak rasa lagi, tak deep.




2 comments:

  1. saya suka juga drama melayu tapi akan elakkan kalu citer yg sedih. hahaha nanti habis meleleh hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete