Tuesday, 31 January 2012

Gaji ke 2 & Camping

Alhamdulillah, aku dah dapat gaji tuisyen bulan Januari 2012. RM 195. Sebab student masih tak ramai mendaftar, tolak Public Holiday itulah jumlah keseluruhan yang aku dapat. Setakat ini aku betul-betul gembira dapat jadi cikgu tuisyen.

Aku ada student yang memang tidur awal setiap malam, jadi dalam kelas dia akan mengantuk dalam pukul 10 pm macam tu. Jadi aku mintak dia buat senaman sikit tapi tak menjadi pulak. Lepas tu aku mintak dia bangun tulis jawapan Matematik kat depan. Dia suka pulak :-)

"Cikgu, tak mengantuklah saya buat macam ni", sambil tersengih-sengih.





Aku pergi camping dengan kawan-kawan aku kat Melaka. Ada laut, ada bakar ayam, ada suasana kampung, ada angin, ada baby dan kanak-kanak. Semua yang aku suka ada :-) Aku seronok betul. Alhamdulillah.

Wednesday, 25 January 2012

Siap Sedia!

Tak tau kenapa aku bersemangat semacam hari ni. Hum hum. Ni barang dapur aku baru beli. Selalunya aku akan fikir barang yang aku beli ni akan tahan sampai bila. Aku target boleh cukup untuk 2 minggu. Mampu ke?

Barang Dapur - RM 15++
1) Bawang Besar - 10 Biji
* Lebih 2 minggu pun cukup kalau potong kecik-kecik. Tapi husband aku suka makan bawang. Jadi sekali masak guna sebelah / suku biji :-)

2) Magee - Mi Sedap 5 paket
* Kalau tak sihat dan tak larat masak, ni jadi pengganti nasi. Tapi tak berapa kenyang.

3) Sardin Tin Kecik - 1 hari 
* Tapi kena masak dalam nasi goreng (Nasi Goreng Sardin). Kalau tak tengahari je cukup.

4) Coki-Coki - RM1 (5 batang)
* Sebagai penambah tenaga. Husband aku suka kunyah-kunyah time buat kerja.

5) Tepung Gandum - Sarapan
* Macam kalau sarapan, buat lempeng cicah kari kosong. Atau cucu bawang. In case kalau semua dah habis, ini boleh jadi penyelamat.

6) Sardin -Tin Besar
* Ni tahan 2 hari je. Aku target 3 hari. Rupanya gagal juga. Hum hum. Dah habis dah ni.

7) Telur - 10 Biji
* Dah guna 4 untuk semalam & hari ni. Jadi tinggal 6 biji. Mungkin tahan sampai Jumaat ni.

Perancangan masa hadapan - Tak payah beli maggi. Ganti tepung. Tengok macammana.

Tuesday, 24 January 2012

Hari-Hari yang Selesa

Jalan-jalan adalah salah satu aktiviti yang buat aku selesa dan tenang. Tambah lagi ada suasana kampung, pokok-pokok hijau, sawah bendang. Aku suka semua tu. Aku suka berjalan-jalan dan amik gambar. Sangat suka nasi kandar. Hum hum.

Pulau Pinang
Jalan teramatlah sibuk dan sekitar pekan nampak kaum Cina buat persiapan sambut raya. Beli banyak benda warna merah. Best ni :-)

Teluk Intan, Perak
Pergi tengok orang nikah kat Teluk Intan. Dalam perjalanan ada jumpa sawah bendang juga. Hijau. Jalan jem pun tak apa pasal boleh tengok sawah lama-lama. Pernikahan tu dibuat di rumah anak yatim. Sayu hati aku tengok budak-budak tak ada mak bapak. Tapi baguslah. Meriah kenduri tu dengan ramai anak-anak yatim.

Putrajaya & Birthday Party
Putrajaya tempat favourite aku dengan husband aku. Banyak perubahan, sampai sekarang tetap tak dapat naik bot tu. Hum..hum. Banyak kenangan aku dengan husband aku kat Putrajaya. Daripada zaman kawan sampailah sekarang. Aku betul-betul selesa dan happy. Alhamdulillah.



Thursday, 19 January 2012

Kesukaan #1

Aku was-was hari ini. Nak basuh baju ke tak. Tengok awan kat luar macam mendung. Jadi aku tak jadi basuh baju. Sekarang dah mula hujan :-)

Aku selalu juga senyum sorang-sorang dan bila aku ada apa yang aku suka.

Kopi 

Limau Kopek Sendiri

Jajan 30 Sen
Dan........

Organizer / Diari (Merah)

Aku suka merah. Hum hum. Organizer ni aku dapat menang contest tahun lepas. Tengok semua ni buat aku suka dan tersenyum sorang-sorang :-D

Alhamdulillah.