Monday, 30 April 2012

Perancangan Diet - Ayam Kukus

Husband aku ada cerita pasal 1 website ni. Website yang membolehkan kita kawal kadar pemakanan kita. Apa yang kita makan, kita boleh key in dalam akaun kita and yang bestnya kita boleh set berapa kalori yang kita boleh makan setiap hari mengikut berat badan dan ketinggian (BMI). Websitenya ialah :


Aku memang dah lama nak diet and makan benda-benda yang elok tapi kadang-kadang bila nak beli barang yang berkhasiat tu, harganya lagi mahal daripada benda-benda yang tak elok. Kalau mee maggee tu paling mahal pun RM5 kot..hum..hum..tapi website ni ada juga guide untuk diet dalam keadaan tak mampu nak beli makanan sihat yang agak mahal.

Yang penting:
1) Setkan kadar penurunan berat badan yang diidamkan untuk seminggu; contoh seminggu nak turunkan 1kg.
2) Calculate keperluan kalori sehari (dan monitor pemakanan kita agar tak makan lebih dari kalori yang dibenarkan / dalam aim kita).
3) Melalui kadar kalori yang diperlukan, kita bolehlah nak target makan apa pagi, lunch and dinner.
4) Kalau ada buat workout or exercise, masukkan sekali. Nak tengok berapa banyak kalori burn.

So, untuk first step - TADAAAAAAAAA!!!!

Ayam kukus. Perah limau sikit. Dasyat!

Ayam Kukus

Resepi Ayam Kukus Mudah
Ayam potong kecik-kecik
Letak bawang putih, 
halia (lebih sikit)
Bawang besar
Sos tiram (perap ayam lama sikit)
Kicap sikit
Garam sikit
Perah limau - limau kasturi pun boleh
Campak-campak, terus kukus.
After 20-30 minutes siap!

Alhamdulillah.

Sunday, 29 April 2012

Terakhir

Bulan ini bulan terakhir aku menjadi cikgu tuisyen. Gaji pun dah dapat, Alhamdulillah. Paling tinggi setakat ini. Aku berhenti kerana ini bulan terakhir untuk segalanya. Aku tetap akan mencari peluang untuk jadi cikgu tuisyen lagi lepas ni. Tak kira di mana. Aku sedih nak tinggal budak-budak tu. 




Aku sakit teruk dalam 2 minggu ni. Memberi banyak sebab yang aku kena buat pilihan. Melepaskan sesuatu yang aku suka buat disebabkan masalah kesihatan, sudah biasa bagi aku. Tapi bila memikirkan yang mungkin sampai bila pun aku akan sakit, membuatkan aku sentiasa mencatu kebolehan dan ability aku untuk buat benda-benda yang aku suka. Perit dalam hati apabila memikirkan banyak benda yang aku suka, aku tak mampu buat sebab aku sakit. Kalau aku buat, lagi aku sakit. Macam telur dengan ayam. Nangis je la kerja aku. Hum hum..

Tapi aku perlu fokus kepada apa yang aku perlu buat. Aku kena lebih kuat dan memasang azam yang aku mesti pulih walaupun mungkin time aku pulih tu, aku dah tua..dah tak sempat nak buat apa pun :-)

Inilah masa-masa terakhir yang ada. Ada banyak yang perlu dirancang dan dikemaskini. Semoga aku kuat dan sihat.

Alhamdulillah.

Thursday, 19 April 2012

Pizza Hut - Chicken Wings (Spicy & Sweet)

Aku pengsan. Tiap-tiap malam susah nak tidur. Dah nak dekat seminggu aku sakit. Alhamdulillah, sakit sikit yang tahap masih boleh buat kerja.

Malam tadi time tak boleh tidur, aku teringat kat chicken wings Pizza Hut. Dah bertahun-tahun aku puasa chicken wings ni. Pelik pulak malam tadi teringat. Memang sedap, dah berapa kali buat sendiri tapi tak menjadi macam chicken wings Spicy & Sweet ni (kalau tak silap la).

Semoga dapat makan lagi bila mampu.Sekarang kena jimat banyak :-)


Tuesday, 17 April 2012

Novel Cinta

M.A.I.D dan Cucur Bawang & Kopi O
Aku menghabiskan bacaan 2 buah novel ni dalam masa 3 hari kot. Pada pendapat aku, novel MAID ni lagi syok daripada Cucur Bawang & Kopi O. Ada niat nak menulis novel juga la..hum..hum

M.A.I.D
Jalan cerita dia agak simple and cliche tapi sebab dia ada banyak moment yang kelakar, bagi aku penulis tu kreatif. Aku pun senyum sorang-sorang. Cerita dia berjaya dari segi membayangkan keromantikan pasangan hero & heroin. Tidak ada yang tertinggal atau tergantung daripada segi persoalan. Cerita dia fun dan tak banyak guna metafora dan banyak perbualan daripada penulisan. Yup..aku suka yang jenis ini. Hum..hum..

Aku bagi 3.5/5 bintang :-)

Cucur Bawang & Kopi O
Ayat-ayat yang digunakan dan dibentuk dalam novel ni amat indah dan tersusun. Jalan cerita biasa-biasa bagi aku. Cuma tajuk dia boleh tahan catchy lah. Romantiknya tak seberapa, tapi plot ceritanya amat matang. Penulis novel ni lelaki dan ini first time dia tulis novel cinta. Sebelum ni dia tulis novel seram.

Aku bagi 2.5/5 bintang :-)

Alhamdulillah.