Sunday 29 April 2012

Terakhir

Bulan ini bulan terakhir aku menjadi cikgu tuisyen. Gaji pun dah dapat, Alhamdulillah. Paling tinggi setakat ini. Aku berhenti kerana ini bulan terakhir untuk segalanya. Aku tetap akan mencari peluang untuk jadi cikgu tuisyen lagi lepas ni. Tak kira di mana. Aku sedih nak tinggal budak-budak tu. 




Aku sakit teruk dalam 2 minggu ni. Memberi banyak sebab yang aku kena buat pilihan. Melepaskan sesuatu yang aku suka buat disebabkan masalah kesihatan, sudah biasa bagi aku. Tapi bila memikirkan yang mungkin sampai bila pun aku akan sakit, membuatkan aku sentiasa mencatu kebolehan dan ability aku untuk buat benda-benda yang aku suka. Perit dalam hati apabila memikirkan banyak benda yang aku suka, aku tak mampu buat sebab aku sakit. Kalau aku buat, lagi aku sakit. Macam telur dengan ayam. Nangis je la kerja aku. Hum hum..

Tapi aku perlu fokus kepada apa yang aku perlu buat. Aku kena lebih kuat dan memasang azam yang aku mesti pulih walaupun mungkin time aku pulih tu, aku dah tua..dah tak sempat nak buat apa pun :-)

Inilah masa-masa terakhir yang ada. Ada banyak yang perlu dirancang dan dikemaskini. Semoga aku kuat dan sihat.

Alhamdulillah.

4 comments: