Husband aku kata kemungkinan besar aku kurang vitamin dan nutrien.Sebab tu badan selalu weak.Bila buat daily routine, sapu sampah,kemas rumah,kemas laman luar,buang sampah,mop lantai,cuci toilet..tak sampai pukul 2 petang lagi aku dah melingkup. Hum hum..asyik pitam. Pengsan juga.
So,aku cari info pasal vitamin. Yang aku tau Blackmores la brand orang selalu makan. Cari kat internet, matchkan dengan masalah aku then decide! Ada 2 yg sesuai - Vita B and Vita B+C. Both vitamin ni memang nak bagi vitamin kat dalam badan aku yang selalu weak after buat banyak kerja. Badan yang selalu weak macam aku memang sesuai.
Tapi bila pergi Tesco, hanya ada yang Vita B+C sahaja. Aku target Vita B je. Harga RM 26.40. Baru try 2 hari. 1 biji sehari. Harap-harap bagus dan sesuailah vitamin ni :-)
Alhamdulillah.
Wednesday, 4 July 2012
Sunday, 1 July 2012
Air Terjun - Tahun Melawat Perak
Kat Perak, Kuala Kangsar kot ada 1 air terjun tapi aku lupa apa nama. Tak mandi pun, amik gambar je. Tahun ni kan Tahun Melawat Perak. Jom melawat air terjun di Perak!
Bila tengok gambar-gambar hijau ni kurang sikit sakit :-) Alhamdulillah.
Monday, 25 June 2012
Wednesday, 13 June 2012
Mekap - Saya Budak Baru Belajar
"Asal kau tak mekap ek? Tak biasa ek"
"Ntah..pakai tudung pun dah berpeluh-peluh..ni nak mekap. Makan nak dekat 1 jam kot nak bersiap-siap keluar"
"Kau tak mekap?"
"Malas"
"Budget natural beauty ke? Hahaha..
"Lawaknya!"
"Tak nak try mekap? Mesti lawa kau mekap"
Aku sendiri pun tak tau kenapa aku tak suka/mahu/terasa nak mekap. Sampailah ada orang tanya :
''Eh, kau nak barang mekap..aku tak pakai..dah ada dah. Ni pakai sikit je.."
"Free? Kau bagi? Banyaknya ni...Alhamdulillah...thanks!"
Jadi aku tau yang kalau orang bagi aku barang mekap free baru aku nak try mekap.Hum..hum..
![]() |
| Tadaaaaaaaaa!!!! |
![]() |
| Foundation |
Foundation ni macam alas sebelum kita tepek benda-benda lain kat muka. Sebelum pakai foundation ni, kena cuci muka, pakai toner dan pelembab muka. Kalau aku, aku pakai je la yang krim pemutih Garnier tu.
![]() |
| Picit je keluarlah ia.. |
![]() |
| Ini pewarna dan pelentik bulu mata - SilkyGirl Lash Curler |
| Isi dalam botol tadi |
Konsep dia macam celup dan makan..tapi ni tak boleh makan. Bentuk hujung tu untuk calit kat mata kasi melentik, pekat berwarna.Buat perlahan-lahan je pasal dah banyak kali aku training sampai sakit mata pasal termasuk mata. Pedih..hum..hum..
![]() |
| Brow Liner - Buat garisan pada kening. |
![]() |
| Eye Shadow MAC |
Ni macam water colour. Ada banyak warna tapi untuk mata. Kira nak bagi ruang antara kening dengan mata ada warna la. Aku ada tengok tutorial kat Youtube. Macam-macam jenis fesyen orang buat. Ada yang campur-campur colour..tapi diorang buat cantik. Aku ada try, tanya husband cantik tak?
"Tak ada apa beza pun.Macam biasa je"
Ok. Kira aku fail la.
![]() |
| Macam-macam ada! Ada cermin jugak :-) |
![]() |
| Macam coklat! |
![]() |
| Eye Liner |
![]() |
| Nak cuci pakai remover ni. Dia free sekali kalau pakai Silkygirl. |
![]() |
| Penutup dia terbalikkan, letak atas lubang tu dia akan jadi macam ni. |
![]() |
| Celup dan mula melukis! |
Alhamdulillah. Setakat ni ada lah training sikit-sikit. Tapi bila cuci mata pakai remover tu sakit mata la. Ke aku salah pakai? Hum..hum. Kalau nak pergi function, bolehla kot. Gi kenduri kahwin ke. Lipstik dia tak ada bagi, so pakai je la lip gloss menang contest tu :-)
Labels:
baru,
Free,
kawan,
Kecantikkan,
macam-macam,
mekap,
Pertama,
Suami,
suka
Subscribe to:
Posts (Atom)




















