Tuesday 17 January 2012

Bahasa Melayu itu Mencabar



"Ok, sekarang bagitau cikgu kenapa soalan ni sepatutnya salah".

Senyap.

"Sebab bunyinya macam tak sedap cikgu", Iman tersenyum-senyum.

Hum.Hum. Aku juga mengalaminya satu masa dulu. Mak aku kata 'memandai je kau'. Itulah Bahasa Melayu. Kalau kita belajar Bahasa Inggeris, kita akan fokus kepada grammar atau verbs atau apa sahaja terms yang ada dalam pelajaran Bahasa Inggeris.

Tapi, bila kita dah biasa dengan Bahasa Melayu, bertutur dari kecik, orang sekeliling pun bertutur dalam fahaman yang sama, penilaian kepada Bahasa Melayu itu dibuat dalam bentuk 'sedap', 'tak biasa dengar', 'macam tak sesuai' tanpa merujuk kepada Kata Nama, Kata Sendi, Kata Kerja Tak Transitif, Kata Kerja Transitif dan lain-lain lagi. Kita sudah tak biasa dengan peraturan Bahasa Melayu sebab bagi kita, kita lagi power dari peraturan tersebut :-). Ok. Bukan kita. Aku.

Kesimpulannya, mengajar Bahasa Melayu adalah mencabar.

9 comments:

  1. pernah jugak alami perkara ini. rasa tak kena je, then consider salah. sama jugak la bila merujuk kepada english pun.

    peace =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bagi yang dah dibiasakan dengan English dari kecik, akan jadi benda yang sama :-) peace.

      Delete
  2. hehe..betul tu, dulu2 saya wat ayat sesedap rase...tatabahasa tunggang langgang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya..tatabahasa. Saya patut guna perkataan ni :-)
      Samalah, ayat tunggang langgang asalkan sedap :-)

      Delete
  3. teringat saya semasa saya menjadi guru ganti selama 6 bulan di salah sebuah sekolah rendah..saya dikehendaki mengajar budak-budak tahun 2..subjek BM salah satunya..memang agak mencabar..BM tahun 2 nampak senang,tapi bila nak faham betul-betul maksud ayat/perkataan tersebut..terpaksalah rujuk kamus..kalau kita tak tahu nanti,takut pula murid-murid complain dekat parent mereka..good luck tau.. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, 6 bulan. So saya kena belajar dari awaklah :-)Aah..saya ada takut juga kalau parents tak puas hati.Berusaha!

      Delete
  4. Saya lemah BM. Mungkin sebab persekitaran masa sekolah dulu lebih ke arah menggunakan English. BM saya sume diambil daripada bahasa didalam novel. Kadang bila bercakap pun secara tak sengaja jadik baku..

    p palang s: saya pulak mengajar English Language..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak ajar English ya. Boleh belajar dari awak la lepas ni :-) Bahasa novel bagus, sebab dia ada jenis angin bertiup menderu.Hum hum :-)

      Delete
    2. Instead of cakap risau.. kadang kadang tersasul cakap 'Bimbang'..

      Nak explain sesuatu gune Bm pun kdg fail..

      Delete