Tuesday 24 January 2012

Hari-Hari yang Selesa

Jalan-jalan adalah salah satu aktiviti yang buat aku selesa dan tenang. Tambah lagi ada suasana kampung, pokok-pokok hijau, sawah bendang. Aku suka semua tu. Aku suka berjalan-jalan dan amik gambar. Sangat suka nasi kandar. Hum hum.

Pulau Pinang
Jalan teramatlah sibuk dan sekitar pekan nampak kaum Cina buat persiapan sambut raya. Beli banyak benda warna merah. Best ni :-)

Teluk Intan, Perak
Pergi tengok orang nikah kat Teluk Intan. Dalam perjalanan ada jumpa sawah bendang juga. Hijau. Jalan jem pun tak apa pasal boleh tengok sawah lama-lama. Pernikahan tu dibuat di rumah anak yatim. Sayu hati aku tengok budak-budak tak ada mak bapak. Tapi baguslah. Meriah kenduri tu dengan ramai anak-anak yatim.

Putrajaya & Birthday Party
Putrajaya tempat favourite aku dengan husband aku. Banyak perubahan, sampai sekarang tetap tak dapat naik bot tu. Hum..hum. Banyak kenangan aku dengan husband aku kat Putrajaya. Daripada zaman kawan sampailah sekarang. Aku betul-betul selesa dan happy. Alhamdulillah.



4 comments:

  1. Hello baru jer teringat kat awak...awak sihat?
    Best kan tengok bendang. Buat rindu ngan kampung halaman.

    Ok jaga diri. Glad that you're back :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Cherrie.Mia, sihat alhamdulillah. Awak teringat kat saya, terharu saya.Thanks. Sy suka sangat sawah padi, dan kawasan kampung :-)

      Take care awak juga :-)

      Delete