Wednesday 25 January 2012

Siap Sedia!

Tak tau kenapa aku bersemangat semacam hari ni. Hum hum. Ni barang dapur aku baru beli. Selalunya aku akan fikir barang yang aku beli ni akan tahan sampai bila. Aku target boleh cukup untuk 2 minggu. Mampu ke?

Barang Dapur - RM 15++
1) Bawang Besar - 10 Biji
* Lebih 2 minggu pun cukup kalau potong kecik-kecik. Tapi husband aku suka makan bawang. Jadi sekali masak guna sebelah / suku biji :-)

2) Magee - Mi Sedap 5 paket
* Kalau tak sihat dan tak larat masak, ni jadi pengganti nasi. Tapi tak berapa kenyang.

3) Sardin Tin Kecik - 1 hari 
* Tapi kena masak dalam nasi goreng (Nasi Goreng Sardin). Kalau tak tengahari je cukup.

4) Coki-Coki - RM1 (5 batang)
* Sebagai penambah tenaga. Husband aku suka kunyah-kunyah time buat kerja.

5) Tepung Gandum - Sarapan
* Macam kalau sarapan, buat lempeng cicah kari kosong. Atau cucu bawang. In case kalau semua dah habis, ini boleh jadi penyelamat.

6) Sardin -Tin Besar
* Ni tahan 2 hari je. Aku target 3 hari. Rupanya gagal juga. Hum hum. Dah habis dah ni.

7) Telur - 10 Biji
* Dah guna 4 untuk semalam & hari ni. Jadi tinggal 6 biji. Mungkin tahan sampai Jumaat ni.

Perancangan masa hadapan - Tak payah beli maggi. Ganti tepung. Tengok macammana.

10 comments:

  1. saya tak pernah terpikir nak beli tepung gandum. Cherrie pun nak try lah. Cherrie pun tengah berjimat ni sekarang nak bayar hutang sekolah. Bila fikir balik kan elok berjimat in case ada emergency,nak ikut cara awak lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Cherrie. Orang tua kata, tepung ji muai - banyak benda boleh masak dengan tepung :-)

      Delete
  2. yes, tepung tu mcm2 blh buat sbnrnya dan tak lah mahal sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Marina,sy suka buat cucur dan lempeng :-)

      Delete
  3. tak elok makan maggi selalu, n tepung tu pun dah bagi banyak manfaat. Sedapnye makan lempeng tepung dengan sardin...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak bagus makan selalu tapi kalau tu je yang ada, terpaksa makan :-) Saya pun suka lempeng.

      Delete
  4. Buat cucoq manis pun sedap juge..

    ReplyDelete
  5. ok lah tuh.. berjimat cermat.. insya allah berkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anil!
      Memang kena jimat kalau tak susah saya :-)

      Delete