Wednesday 11 January 2012

Sekali Sebulan & Garnier

Ia datang lagi. Selalunya aku boleh agak. Tapi kali ni datang mengejut. Silap aku tak monitor betul-betul, sakit senggugut ni. Dah besar panjang pun senggugut lagi. Hum hum. So aku kena prepare diri aku cukup zat dan kurangkan letih. Biasanya akan pengsan dan pitam sebab aku ada masalah darah.

Garnier vs Shurah

Waktu aku sekolah menengah lagi, aku ada pakai 1 pencuci muka Sabun Susu Kambing Nanny. Start lepas aku kahwin, sabun tu dah takda, diorang tengah rebranding. Sabun tu murah, RM 3 je sekotak. Aku frust sebab sabun tu je yang sesuai dengan aku dan boleh jimat banyak. Lepas tu aku try sabun susu kambing lain, gatal-gatal muka. Termasuklah Shurah ni. Husband aku pakai ok pula. Oh, kitorang share berus gigi juga sebab jimat kos. Hum hum.

Then, aku tengok keliling, orang selalu puji Garnier. Aku masuk contest, menang dapatlah complete set termasuk toner. So far aku puas hati. Alhamdulillah. Tapi toner tu aku tak pakai lagi, sebab tak reti. Aku pakai No 1 & 2 dulu. Shurah biar husband pakai.

Alhamdulillah.

Pencapaian terbaik : Blog aku dah ada readers. Terima kasih banyak-banyak kepada semua kata-kata perangsang! Aku semakin kuat, doakan yang terbaik! Credit to Arianna. Sebab dia ada sebarkan cerita blog dan link aku pada reader dia. Thanks a lot!

6 comments:

  1. hello kak,biasanya toner digunakan sebagai pembersih muka yang kedua selepas pencuci muka..kak bole guna dgn kapas.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank Monica,
      Sy dapat simple explanation dari awak. So, nanti saya akn beli kapas dulu baru pakai..Thanks!

      Delete
  2. bnyk menang kontest nmpk...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malek Ku,

      Alhamdulillah..bolehla tapi saya bukan sifu contest..so kena cuba usaha perbaiki slogan pulak :-)

      Delete
  3. you're so lucky cz selalu menang contest..
    murah rezeki you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harlisz,

      Thanks, syukur. Barang contest nilah banyak bantu sy berjimat dan antara aktiviti favorite sy..minat contest tak?hum..hum..

      Delete